Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, April 02, 2011

Salahkah bila kita cuba jujur?


Kadang² bila kita cuba menjaga hati orang, kita memilih untuk menipu atau mendiamkan apa yang terpendam dalam hati. Ya, dengan harapan orang itu akan ersedar dengan sendirinya lalu berubah atau tidak akan mengulangi semula apa yang tak sepatutnya. Kita sabar menunggu dan menanti supaya keajaiban akan berlaku satu ketika nanti. Mungkin juga kita mengharap ia akan berlaku dalam masa terdekat. Tapi akhirnya kita tersedar bahawa penantian sedemikian tidak berbaloi. Ah, mungkin kita fikir mereka akan faham sendiri. Aku? Selalu sangat dah buat sedemikian.

Akhirnya, aku putuskan sesuatu sejak beberapa tahun yang lalu. Cuba menjadi jujur dengan cara peneguran dan dalam proses perbaikian untuk sentiasa menyuarakan apa dalam kotak minda aku. Kenapa? Sebab aku dah penat membuat orang lain terfikir-fikir lalu salah faham. Kemudian akan ada yang sakit hati, marah, kecewa dan tidak puas hati. SANGAT TAK SERONOK. Oleh itu, ya, lebih baik aku jujur sahaja bila orang minta pendapat atau apa pun. Teguran pun sama. Atau luahan hati bila ada sesuatu yang harus disuarakan. Memang kadang² orang sakit hati bila aku buat macam tu tapi akhirnya mereka akan belajar untuk terima juga apa yang aku cakap. Cuma ambil masa juga lah. Huu..

Sekarang aku dah tak peduli itu semua.
Aku lebih memilih untuk jujur saja daripada harus menipu atas dasar mahu menjaga hati.
Ehemm, sebab akhirnya aku sendiri yang akan sakit hati dan sedih kelak. T__T