Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, April 30, 2011

Merpati Putih.


Kau pernah dengar "jinak jinak merpati"? Kau tahu kenapa wujudnya itu? Ya, mungkin juga kerana merpati adalah jinak. Itu pada apa yang kau lihat bila ada sesuatu yang disediakan. Mungkin kerana itu ia jinak. 
Dari jauh kau lihat ia bertenggek di atas tembok besi. Kau tersenyum melihatnya dengan harapan kau juga mempunyai peluang untuk menjadi dirinya. Kau mula rasakan hidup kau tak semudah merpati putih itu. Merpati yang kau lihat bebas. Terus terbang sejauh dan setinggi mungkin di langit yang terbentang luas. 

Kau hanya memerhati hingga akhirnya ia hilang dari pandangan.

Ahh, mudahnya kau membuat kesimpulan!
Cepatnya kau memberi tanggapan dari apa yang kau lihat. Betapa kau tidak bersyukur diberi peluang menjadi siapa kau hari ini. Kau tak tahu jika sebenarnya hati sang merpati itu sedih. Hanya kerana ia tidak mampu menunjukkan riak wajah yang berbeza, kau tak pernah terfikirkan perasaannya. Kau cuma nampak kebebasannya dari sudut biasa lalu terus membuat konklusi tentang kebahagiaannya. Dari mana kau tahu ia sentiasa gembira? Dari mana kau tahu ia selalu bertuah? Dari mana? Kau tahukah kenapa ia lari bila kau cuba dekatinya? Ya, ia sudah mula belajar menjadi paranoid. Tidak lagi percaya pada apa yang ada disekeliling. Tapi ya. Jika kau bertanya pun, belum tentu ia akan memberitahu keadaannya. Masih belum pasti ia akan berkata benar. Cuma, kau silap kerana menilai ia terlalu cepat. Dan terus memutuskan untuk menjadi seperti ia. 

Kau silap sebenarnya.