Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, April 26, 2011

Lamunan.


Pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam.

Baru sebentar tadi, aku nampak kelibat seorang gadis. Berseluar putih, berkemeja putih, rambut kemas bercekak putih. Mukanya aku belum fokuskan kerana apa yang menarik perhatian aku adalah apa yang ada di tangannya. Satu tergenggam kemas di sisi dan satu lagi ada tersorok dengan sengaja dibelakang. Tunduk sahaja tanpa kata. Aku cuba dekati. Rupanya dia sedang menangis. Titisan airmata jatuh satu persatu di atas lantai marmar putih kehijauan itu. Aku mendengar dan cuba membuka mulut tapi tak mampu keluarkan kata-kata. Mengeluh lagi. Pandangan aku larikan ke sudut lain dan aku nampak sesuatu dibelakang gadis tadi. Tompokan. Dan makin lama, makin besar tompokan itu. Tiba-tiba gadis itu bersuara.

"Apa yang kau nampak?"
"Tompokan yang kian membesar"
"Kau tahu kah apa itu?"
"Ya, aku tahu"
"Kau tahu kenapa ia wujud?"
"Tidak. Boleh aku tahu kenapa?"

Dia diam. Lama juga suasana senyap sepi. Kedengaran bunyi angin kipas dan sesekali burung berkicau dari luar. Aku nampak dia menyarungkan selendang putih dikepala lalu senyum. Tangan aku digenggam dengan isyarat supaya aku mengikutinya. Sebaik sahaja dia pusing, aku nampak apa yang ada pada tangannya yang disorok dibelakang tadi. Walaupun aku mahu sahaja bertanya tapi aku diamkan dahulu dengan harapan dia akan memberitahu tanpa ditanya. Dingin. Sejuk. Menggigil. Aku gagahkan juga. Dalam hati masih tertanya-tanya kemana akan aku dibawa. Beribu persoalan dalam minda. 
. . .

Terdiam. Aku tersedar bahawa aku kini sudah ada di satu kawasan yang sungguh lapang. Begitu banyak tiang-tiang lama yang sudah berlumut. Dahi aku kerutkan dan mata aku tiba-tiba terpandangkan sesuatu. Berwarna biru. Marmar biru, secara spesifiknya. Aku jadi tak senang duduk. 

"Kenapa?", suara gadis itu kedengaran entah bila.

Aku tunduk. Selang seminit, aku alihkan mata ke arah si gadis.

"Apa yang kau cuba sampaikan?"
". . .". Sepi.
"Siapa kau?"
"Kau tak kenal siapa aku?"
"Kau datang dari mana?"
"Kau betul² tak kenal siapa aku?"
Aku geleng.

"Kau tahu kenapa ada tompokan dibelakang aku tadi?"
Aku geleng lagi.
"Kau tahu apa itu bukan?"
Kali ini aku mengangguk. 
"Itu darah"

Aku mengeluh lagi bila ditanya pelbagai soalan.

"Kau tahu kenapa kita disini?"
"Tak, aku tak tahu. Siapa kau, apa yang kau cuba sampaikan dan kenapa kita ada disini?", soal aku terus menerus kerana sudah makin bingung.
"Ambil ini.."
Tangan aku diambil dan apa yang aku lihat pada genggaman belakang gadis itu diletakkan ditapak tangan aku. Terdiam. Lidah aku kelu.

"Aku datang dari masa depan kau"
Aku diam melihat wajahnya.
"Jangan kau bingung Fza.."
"Tapi.." Jari telunjuknya tiba-tiba hinggap dibibir aku.

"AKU ADALAH KAU.."
". . ."

Apa yang diletak ditapak tangan tadi aku lihat dan genggam kemas. Sekelip mata gadis tadi hilang.
Apa dalam fikiran?

Siapa dia? Apa maksud tompokan yang kian membesar itu? Kenapa aku diberi 'benda' ini?
Aku bingung.



Dan ya.
Ini bukan mimpi.


FzaIbrahim.