Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, April 21, 2011

Cermin.


Lama aku tenung wajah di dalam cermin.
Fikiran kosong lagi hari ini. Tak seperti hari-hari yang lepas. Dimana otak ligat bekerja memikirkan itu ini dengan rajinnya. Aku tenung mata itu. Kening, bulu mata dan iris. Aku nampak emosi disitu. Aku cuba baca apa yang ada di dalam jiwa pemilik wajah di depan cermin. Sudah berkali aku cuba memahami dan mengajarnya untuk menjadi itu dan ini. Hatinya kadangkala degil. Sudah berkali-kali juga dipaksa itu ini. Lama-lama dia sudah tahu memberontak. Sudah tahu melawan. Mahu sahaja aku tampar wajah itu kerana mulai degil. Sukar benar untuk mengajar dia. Hampir sahaja aku menjerit padanya. Cuma aku terfikir.

Untuk apa?

Dia cuma bayangan di dalam cermin.

Sigh.