Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, March 19, 2011

Tuhan hanya pinjamkan hidup pada aku. Ya, aku tahu.


Dalam tawa girang kita, kadang² tuhan sengaja menguji. Sekuat mana pun kita, akhirnya tuhan sedarkan kita bahawa kita hamba Nya. Tinggi mana pun darjat kita, kita masih yang paling hina, masih yang tak pernah sempurna perlakuan disisiNya. Ya, aku akur pada itu.

Bila jatuhnya kita, cuma ada dua pilihan. Bangun atau tinggal disitu dan menderita.
Bila mana kita ketawa, ada insan lain yang menangis di sudut dunia yang lain.
Bila mana kita sedang makan hingga perut kekenyangan, masih ramai manusia yang sudah beberapa hari tidak makan.
Masih ada yang sedang meratapi kesusahan hidup.
Jangan salahkan mereka dan terus katakan bahawa mereka tak cuba untuk berusaha.
Kita bukan di tempat mereka, oleh itu jangan bongkak yang kita sangat bagus. Jangan katakan perkara buruk terhadap perkara yang kita tak hadapi seperti orang lain. Tak, kita semua sama saja. Tak kira kau makan pizza hari² ke, makan nasi, makan spagetti, makan ubi kayu, makan apa sahaja yang melambangkan kesenangan hidup atau kesusahan hidup, kita semua sama! Jangan bongkak. Ucapkan terima kasih pada tuhan. Ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang buat kau gembira dan tersenyum.

Aku?
Aku bukan jenis manusia yang suka menghakimi orang lain dengan mendengar cerita jajaan orang lain.
Ya, aku memilih untuk mengenali sendiri setiap sudut dan perlakuan disekeliling.
Bukan aku menilik atau menyelidik apa yang diperkatakan.
Sebaliknya aku mulakan semuanya dari kosong. Ya, dari nilai kosong. Kemudian aku biarkan perkara berlaku sendiri. Dari situ aku belajar menilai erti hidup setiap apa yang ada disekeliling. Biar ada cacat cela disana sini, terima saja seadanya. Belajar dan terus belajar.

Sebab itu aku lebih memilih untuk berdiam diri dari bercerita bila aku rasa tak perlu.
Betul, banyak perkara dalam diri aku yang tak siapa tahu. Mungkin lebih baik sebegitu.
Mungkin.