Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, March 19, 2011

Know your camera. Have fun while taking pictures. [FzaIbrahim's Version]


Hoheyyy! Assalamualaikum readers! Zaman sekarang ni semua orang dah suka pada fotografi. Ehh, maksud aku kamera. Ya, kamera. Percaya tak, bukan semua orang minat fotografi. Aku tengok pemilikan kamera dah jadi trend berbanding minat. Tapi tak apa. Tiada apa yang salah. Yang penting puas hati dan gembira, bukan? Baiklah. Entry kali ini cuma mahu berkongsi pendapat tentang salah satu minat aku sejak awal sekolah menengah dahulu kala. Ini pendapat aku okay. Kalau kau punya macam lain, tak apa saja. Heee.. :D

1. Kamera

Sebelum apa pun, mesti la kena ada kamera. Set dalam kepala kau, kau dan kau bahawa bukan DSLR atau SLR sahaja yang boleh hasilkan gambar yang hebat dan cantik. Kamera digital pun boleh, lomo pun boleh. In fact, kamera telefon bimbit dan kamera kompak pun boleh okayy!

2. Function

Haaa! Ini part yang paling penting. Sebelum apa² pun, HARUS kenali kamera kita dulu. Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Setiap model kamera yang kita guna tu ada function dan kelebihan masing². Ada yang cantik untuk micro dan ada yang cantik untuk low light, etc. Discover lah function dan kelebihan kamera kau, kau dan kau dahulu. Pasti lebih seronok bila tangkap gambar nanti. Atau kalau kamu masih blur² lagi, guna kan internet yang ada. GOOGLE sahaja function kamera kau sebelum beli. Kemudian, pergi kedai kamera cari model tu. But please! Sebelum beli, sila cuba dahulu. Suka hati kau lah nak cuba berapa lama pun, tak ada orang yang nak marah pun. Customers are always right, kan? Bila dah puas hati, baru beli. Lepas dah cas 8 jam tu, sila discover kamera function dengan lebih mendalam.

3. Try and error

Selain kenali function, harus try and error. After all, memang begitu kita belajar tentang hampir semuanya dalam dunia ni kan? Kita buat silap dan belajar dari kesilapan. Oleh itu, jangan berhenti mencuba dan jangan putus asa bila hasil beberapa shots kurang menggembirakan hati kau. Sila highlight pada pencahayaan, props, fokus gambar dan warna. Kemudian.. CUBA LAGI. :)

4. Have fun!

Ini part yang penting juga. Mood mesti ada jika mahu ambil gambar. Ini pendapat aku la. Sebab bila aku tangkap gambar masa mood kurang gembira, aku lebih cenderung ke arah gambar yang tak dapat memuaskan hati sendiri. Tunggu mood betul² ada dan stabil baru ambil gambar. But seriously, just have fun while you're taking desired pictures! Bila hati suka, semuanya mungkin. 

Sebenarnya nak ambil gambar tak ada salah dan tak ada yang betul. Sebabnya, kita manusia. Dan setiap manusia ada kesukaan masing². Disebabkan itu, minat dan pendapat kita berbeza². Yeah, subjektif! Cuma bila gambar yang diambil disukai ramai orang, memang boleh isi poket dengan $$ lah kan. Hohoho.

Yang penting, hati gembira! Sebab tu aku suka fotografi. 
Boleh hilangkan stress dan isi masa lapang. Wink wink! =)