Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, March 13, 2011

Dulu masa kecik² kann.. Aku kannnn....


Sejak zaman aku kecil lagi, aktiviti aku memang selalunya bertemakan aktiviti lelaki. Contohnya? Mercun! Haaa.. Kau jangan tak tahu. Dulu aku lah tauke segala mercun. Haha. Alah, apa yang nak dihairankan. Mercun mana ada haram sekeras²nya macam sekarang ni. Dulu, mercun ketupat, mercun bola, mercun ular, mercun bom, segala jenis mercun pun aku main. Sekarang ni, budak² kretif sangat sampaikan patah sini sana, tercabut itu ini. Kalau kau tak percaya, sila google 'mercun' pada images. Tak sanggup aku tengok. Merbahaya betul. Kalau dulu, seronok sebab banyak betul pilihan mercun yang ada. Haaaa.. Ok, habis kisah mercun.

Kau pernah main pistol mainan tu tak? Bukan pistol air. Pistol yang ada bullet yang memang betul boleh keluar api tu. Yang bila kau bubuh bullet putih dan kau tembak diri sendiri, rasa pedih macam nak maki diri sendiri sebab gatal pergi tembak tu. Pernah? Sakit.. T__T

Haaaa.. Ni la pistol tu. Aku baru lepas google. Hahahaa.

Yang ni permainan aku masa bulan puasa selain mercun. Bila malam menjelang, kami berkumpul ramai² dan bahagi kumpulan. Kemudian tercipta lah kumpulan polis dan penjahat. Haha. Sangat kelakar bila ingat balik.

Petang² hari biasa, selain main power rangers, aku lah pemain bola sepak. Bila aku sepak, semua kawan² lari termasuk penjaga gol. Ok, sebab kaki aku boleh sepak kuat. Hahahahaa! Tapi aku tak lah tegar sangat main boleh sepak. Jarang la. Hari lain ada juga main race basikal, rounders, jengket², galah panjang, badminton serta GASING! Haaa.. Gangster sungguh Fza Ibrahim masa dulu kala. Aku boleh main gasing ok. Kehkehkeh. Ada banyak lagi la aktiviti aku dulu. Masa cuti sekolah lain pula aktivitinya. Serius zaman kanak² aku aktif amat. Sangat banyak! Memang seronok la. Siap ada taman permainan rekaan sendiri lagi. Yang itu ada seorang pakcik tu buatkan. Ada rumah pondok, buaian, etc. Semuanya ada dekat hujung taman aku tu. 

Bila dah semakin meningkat umur, aku dah jarang dah main dekat luar. Al maklum lah masa kanak² aku ramai kawan lelaki saja sebab dekat sana tak ramai kanak² perempuan. Kalau ada pun, sama saja perangai macam aku. Haha. Bila usia dah makin meningkat remaja, dah mula kenal erti segan silu. Ececey. Padahal sebab kau sekolah petang kan? Bila balik sekolah, dah maghrib kan? Bila maghrib, kau memang dah tak boleh keluar kan? Huuuu~ Mungkin itu beberapa faktornya. T___T

Bila sudah tingkatan 1-2 macam tu, aku dah lebih kepada alam maya. Ya! Kawan aku ramai gila dari alam maya masa tu. Bercinta pun dalam alam maya. Haha. Rasa macam comel lah pula. Tapi bukan macam remaja zaman sekarang la. Siap jumpa² bagai kemudian mengarut saja. Dah tak suka bila jumpa, nanti cari lain pula. Bukan. Aku tak macam tu la. Hanya suka² di ALAM MAYA sahaja ya kawan². Habis sekolah saja, memang akan terus pergi CyberCafe. Sampaikan abang cina yang kacak bergaya tu pun dah hafal nombor PC aku serta dah memang macam tempat tu aku punya dah pun. Bukan aku seorang, ada beberapa lagi la kawan sekolah aku. Ya, kami stay back untuk main internet, dengar lagu baru serta chatting! Hahahaha! Kau pernah dengar mIRC tak? 

Ini logo dia. Pernah tengok tak application ni?

Serius, aku memang sangat addict dengan benda ni dulu. Memang aku hafal hampir semua command untuk jadi moderator, buat channel baru, add orang, tendang orang, semua lah! Ok, abaikan perenggan ini jika kau tak mengerti apa yang aku ceritakan ni. Hee.. =D

Kemudian, usia menginjak lagi hingga usia aku 15-16 tahun. Haaa.. Masa ni lah aku mula kenal chord gitar. Ya! Masa tu 2003-2004 macam tu lah. Dah dapat satu chord pun dah mula buat muka kerek. Hahahaha. Chord G lah chord kegemaran aku masa tu. Lagu pertama aku belajar dulu lgu 'Unintended'. Pernah dengar kan? Lagu Muse. Bukan lagu Pak Musa ya! Muse! Hohoho. Lama² baru lagu lain dan masa tu baru aku discover yang beberapa susunan chords yang sama boleh hasilkan banyak gila lagu. SANGAT! Sampai lah sekarang! Aku masih main gitar. Dengan cara aku sendiri. Dan mula dengan lagu aku sendiri. Semestinya, masih dengan gitar yang sama. Cumaa.. Tali yang sudah bertukar sekali. Tali baru sangat best! Aku syorkan untuk siapa yang suka tali lembut dan ringan. Jenama dia XL Super light gauge. Warna biru ungu bekas dia kalau aku tak silap. Tali tu tali gitar elektrik. 


Haaa.. Aku dah siap google bagi kau. Aku rasa pack yang ini. Dia ada banyak warna. Huu. Walaupun tali tu mahal sikit, tapi berbaloi. Tersangatlah best bunyi dia! Pasangkan saja pada gitar accoustic kau, kau dan kau ya! Heee.. Ok, itu saja yang aku ingat buat masa ni. Zaman kecik² aku memang meriah. Alahai rindu..

Sekarang pun, aku masih dengan gitar yang sama. [Err.. Tali yang berbeza. Huu~].
Gitar aku pun dah mula pandai cari populariti dengan menceburi bidang fotografi dah sekarang ni. Hehehehe.. =D

Kisah kau pula bagaimana? =)