Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, March 05, 2011

Cuti sekolah. Ecececeyy! =D

Masyuk amat dapat balik rumah walaupun 3 hari saja. Lega otak dan lapang saja rasa. Sepatutnya aku pulang ke rumah sewa hari ini tapi memandangkan kelas jam 2 esok, maka esok pagi saja aku pilih untuk pulang ya! Kerja masih ada. Pening. Duduk rumah memang tidur awal. Almaklumlah katil selesa sungguh. Sejak semalam aku bermanja dengan mak dan abah. Tapi..

Mak: Eh? Dah naik berat balik ehh?
Aku: Alamak, ye ke? Alaaaaaa.. T__T

Kemudian, petang tadi aku panjat belakang abah masa abah nak bersiap sebab kami mahu keluar. Lepas panjat, abah layankan saja. Terangkat dah macam bayi comel dah aku kat belakang abah. Ehh? Tett!! HAHA.

Abah: Eh? Pergi timbang kejap. Kenapa ringan??
Aku: Err? Mana adaaa..

Bukan ke semalam mak cakap badan aku dah naik? Tadi abah kata aku ringan pula. Penipuan apakah ini? Hahahaha. By the way, sangat seronok dapat pulang ke rumah. Bahagia sungguh rasanya. Cumaaa..

Parents aku nak sangat aku jadi pensyarah. Alamak! Tapi kenapaaa..?? T____T
Kemudian, cerita hal kahwin dibangkitkan lagi. Alaaaa.. Awal lagi la nak kahwin. Aku baru saja enam-belas-tahun. Masih mentah. Eh? Enam-belasss? Tettttt!! Lalalaaa~ :P
Sejak pagi tadi jadi anak tunggal. Adik perempuan aku tak balik, yang lelaki pula ada hal dekat sekolah. Memang manja habis la aku harini. Woot woot! Sila cemburu! Cuma terpaksa layankan telinga mendengar hal hal masa depan yang dirancang untuk aku. Yang dicadangkan serta errr.. Banyak sangatt!!

Ohh lupa!
Semalam lepak dengan kawan baik dunia akhirat aku sampai entah pukul berapa. Rindu gila sama minah keding si ikan bilis comel itu! Heee.. Babe, thanks a lot! Melalak sakan kita ya! =)

DAN!!!
Esok sudah harus pulang ke kampus.. Alaaaa.. T__________T