Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, March 23, 2011

Cuma.


Tadaaa! Makan malam aku ni. Hujan tak berhenti sejak petang tadi. Terpaksalah sebab yang ini sahaja ada. Huuu.. T__T 
Tapi, alhamdulillah. Terima kasih Allah. =)

Sekarang? Ada banyak perkara dalam fikiran aku. Sudah tiga hari menjalani hidup dengan perasaan yang sangat aneh dan mencurigakan. Hahaha. Malas nak bersedih. Untuk apa semua tu? Buang masa! Memang selalunya kita takkan dapat apa yang kita mahu, bukan? Aku pernah menjalani situasti sebegini. Cuma jalan cerita sahaja berbeza. Untungnya sebab aku dari awal lagi sudah ajar diri sendiri supaya tahu dan boleh kawal emosi sebagai persediaan terhadap apa yang bakal berlaku di masa hadapan. Jadi memang ya, aku rasa aku sudah kembali kuat. 

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Aku pula kata, bila dah kenal, jangan terus berpegang 100% dengan apa yang kita nampak dan rasa secara permukaannya. Alah, aku juga manusia bukan? Bahagian yang paling seronok, aku berupaya bermain dengan emosi orang lain. Aku rasa aku tahu menilai keadaan dan boleh membaca fikiran. Tapi tengok keadaan juga lah. Hee. 

Cuma satu.
Bila ada masalah timbul, aku lebih suka selesaikan dengan sebaik mungkin berbanding melarikan diri. Sebab? Mungkin kerana bagi aku, bila sesuatu perkara atau masalah tak diselesaikan dengan baik, nanti timbul masalah lain juga. Dan ya, jika berbuat salah, aku lebih rela dan memilih untuk berterus terang dari menambahkan lebih banyak keterangan yang mengelirukan. Sesungguhnya itu akan lebih merumitkan keadaan dan akhirnya menyebabkan diri sendiri terjerat. 

Jika kau pula bagaimana?

Ohh ya! Aku print screen ini dari satu blog tadi. Wahai pemilik, minta izin ambil yaa. Link tak perlu ditampal disini rasanya.
Membuat aku terfikir pula. 


Hurmm.. Aneh-aneh dunia sekarang ni kan? Kadang² manusia ni bila makin besar, makin menjadi perangai. Hehh.
Lalalalaaaaa..