Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, March 08, 2011

Bilamana aku..


Aku tak mampu bicara seperti sang hujan,
Hujahnya datang menderu-deru tak siapa mampu hentikan.
Tapi aku boleh menjadi sang pelangi,
Hadirnya sekali sekala tapi mampu buat orang tersenyum.

Aku tak mampu berbisik seperti si pujangga cinta,
Madahnya indah, katanya sakti.
Tapi aku boleh cuba menjadi pendengar setia,
Hadirnya ketika diperlukan tak kira bila, pasti ada.

Aku tak mampu penuhi semua kehendak,
Kerana aku bukan tuhan, mahu pun malaikat.
Tapi aku boleh menjadi pelindung,
Hadirnya aku ketika datangnya bahaya.

Aku tak mampu kecapi segala impian manusia,
Kerana berbezanya kehendak, dan aku bukan kau.
Tapi aku boleh setia pada kehendak sendiri,
Hadirnya bila aku usahakan, kerana itu adanya kau.

FzaIbrahim - March 8, 2011 : 0149