Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, February 02, 2011

Ya, saya sayang awak. Sangat! =)


Bila balik cuti, akan ada manusia yang tanya dua soalan ini. Sama ada:

1. "Eh, berat dah naik ehh?"
2. "Muka macam dah cengkung sikit. Berat turun yee?"

Haaaaaaaa.. Cuba kau teka siapa? Hurmmm.. Bukan. Cuba lagi. CEPAT! Ya, kau salah lagi! Sebenarnya, itu soalan dari abah. Boleh kata wajib juga la. Aku pun tak tahu kenapa. Haha. Abah concern sangat ni. Pernah masa cuti semester lepas dia nampak berat badan aku turun macam agak mendadak. Dia tanya aku soalan yang no 2 tadi. Aku jawab la:

"Tah.. Sebab busy kot bah!"

Esok, dia tanya lagi. Aku bagi jawapan yang sama. Tapi dia tanya lagi:
"Fza ada masalah ke ni?"
"Takkan sebab putus cinta hari tu kot?"

Aku terdiam. Wah. Tak tahu mahu cakap apa. Padahal memang bukan sebab dua yang atas ni. Dah memang aku pun tak tahu kenapa sebenarnya. Cuma soalan abah tu buat aku terfikir. Haaa.. Dia dah mula treat aku sebagai anak yang sudah besar panjang. Err.. Lebar juga. Hehh. 

Sebenarnya aku suka cari fasal dengan abah dan vice versa. Nanti ada sahaja benda dia mahu argue dengan aku. Begitu juga aku. Dan selalunya aku yang menang. Kehkehkeh. Kadang² baru aku bagi peluang pada dia. Kejam tak? Haha. Dulu abah garang. Bila aku nakal, mesti kena rotan. Dan yang pastinya, antara aku dan adik beradik yang lain, memang aku je la yang paling kerap di rotan. Sebab? Aku yang paling nakal dan degil. Masih, sampai sekarang pun aku yang paling degil. Hohoho. Tapi, aku tahu. Walaupun abah dah tak rotan, tapi dia nasihat baik². Dia selalu pesan supaya treat orang lain baik². Jangan berdendam. Bila dah berjaya kelak, jangan sombong dan jangan kedekut. Jangan lupa jasa mak dan abah serta jangan lupa siapa diri sendiri sebenarnya. Bila tolong orang mesti selalu ikhlas dan jangan sebab orang sakitkan hati, kita bermasam muka dengan orang. Abah pesan, harus selalu maafkan orang lain walaupun bukan kita yang salah. 

Pernah sekali, pagi tu abah racun rumput. Petang pula, abah tak sihat. Mak bawa abah pergi hospital. Doktor tahan abah di wad. Semalaman mak teman abah dekat wad. Aku masih ingat lagi. Dalam tengahari, mak telefon rumah. Mak suruh siap cepat dan datang sendiri ke hospital dengan adik². Aku tanya kenapa. Mak cakap, doktor beritahu mungkin abah dah tak lama. Mungkin 50-50 je. Heart disease. Masa tu, aku terdiam. Bila letak telefon, aku sedar ada airmata yang jatuh. Bukan setitik dua tapi berjuraian. Dengan airmata tu, aku suruh adik² aku siap cepat dengan sebab yang sama aku beritahu mereka seperti yang mak beritahu aku. Bila sampai dekat hospital, aku tengok kakak² abah ada di tepi abah. Mereka bacakan yassin dan mengaji untuk abah. Ohh ramai yang sayangkan abah. Sebab bila ada masalah, mereka akan cari abah. Dan jarang sekali abah hampakan mereka semua. Almost never! Abah akan selalu ada selagi termampu. Bila tengok mereka ada disana disisi abah, aku jadi sebak. Aku tengok abah terbaring dengan mesin yang aku sendiri tak faham apakah itu. Alhamdulillah. Abah masih ada dengan aku. Masih lagi hingga sekarang. Tapi ya. Kejadian tu buat aku sedar betapa aku sayangkan abah. Betapa aku harus hargai setiap apa yang ada di depan mata. Ya, bukan setelah hilang dari pandangan mata.

Abah tak pernah ajar aku hidup mewah. Bukan setiap permintaan aku tertunai sekelip mata. Kata beliau, bukan tak mampu nak beri segalanya. Cuma mahu aku belajar hidup berdikari. Hidup atas usaha sendiri. Dan bila ada saat pahit getir kelak, aku masih mampu untuk survive. Masih mampu bersyukur dan tak memberontak serta menyalahkan takdir. Sekurang-kurangnya aku tahu bagaimana rasanya hidup susah tanpa di suap itu ini setiap masa. Terima kasih abah. Hingga sekarang, bilamana musibah datang, aku masih mampu berdiri sendiri. Bukanlah 100% tapi sekurang-kurangnya aku tahu juga untuk berdikari sendiri.

Jika abah tanya aku sekarang sama ada aku sayang dia atau tak, aku akan jawab:
"Ya, saya sayang awak! Sangat!"

Setiap kali salam jika mahu pulang atau kemana sahaja, pasti akan disertakan dengan ciuman di pipi. Ya, aku maksudkan di khalayak ramai juga. Bila abah tanya sama ada aku segan atau malu sebab dah besar panjang tapi masih boleh cium pipi beliau di depan orang ramai, aku akan jawab:

"Biarlah, ni abah sendiri! Seronok bagi orang lain jeles. Rasa bangga sebab diorang tak boleh buat macam ni.. Comel je.."

Lepas tu aku akan senyum bangga. Heeee.. Ya, dengan mak pun aku buat perkara yang sama. Ehem! Dengan adik² aku pun sama. Semua dah terbiasa. Kami dah biasa dengan perkara itu. Sukaaa!

Oh ya!
Abah.. Saya sayang awak. Hari ini bukan hari jadi abah tapi saya nak cakap juga saya sayang abah! 

Senyum.