Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, February 09, 2011

Ubat, Selesema dan aku. T__T


Hai, aku tak demam harini. Batuk pun tak. Tapi selesema. Erghhh! Sudah 4 hari aku tak boleh bernafas dengan betul. Sangat stress. Bila pergi kelas lagi stress sebab air-cond tersangat lah sejuk. Menangis la jawabnya. So semalam aku banyak satu kotak tisu letak atas meja masa lecturer tengah mengajar. Siap bantai makan panadol soluble depan dia. Kehkehkeh. Dia pun faham, aku tahu.

Jam 1015, aku terus pergi unit kesihatan. Bila nama dah dipanggil, aku masuk dalam bilik yang sepatutnya. Sekali dia cakap:

"Awak bukan ke dah datang semalam..?"

Err.. Bila pula aku datang? Semalam aku memang ada datang tapi tutup sebab lunch hour. Adess!
Tak apa, maafkan sahaja. Haha. Kemudian, ubat diberi dan aku jalan semula ke bangunan akademik untuk pergi jumpa supervisor. Malam tadi lepas makan, aku mengadap laptop sebentar tapi connection memang kau faham-faham lah kan. Buat sakit jiwa. Jadi aku pun makan ubat dan baring sebentar. Wahh! Terus tertidur!

Tadaaaaa! Sebab tu lah aku bangun dan baru tersedar bahawa aku dah tidur 12 jam.. T___T
Sekarang sudah breakfast tapi.. Aku takut nak makan ubat. Bimbang tertidur dalam kelas kejap lagi. Habis tu bila aku boleh makan ubat ni??? Wuuu~