Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, February 22, 2011

H o m e s i c k . . .


Mood merundum turun. Dush! Dush! Dushh! Hari ini tiada mood yang positif sangat. Otak melayang-layang macam apa saja. Entah apa yang difikirkan sangat pun aku tak pasti. Harini banyak makan, jadi dari situ aku kenalpasti mood aku. Stress mungkin. Serabut pun mungkin ada. Blog pun dah emo semacam saja bak kata si Barney sebentar tadi. Fikiran macam kosong. Macam ada banyak input terabur barangkali. Kalau lah ada sistem penyusunan data dalam minda semula yang sangat efektif. Kalau lah ada.. Aku kata, kalau.. Huu.

Otak aku sibuk fikirkan rumah. Sibuk mencari kesempatan untuk pulang. Aku rasa aku stress disini. Tapi entah apa distresskan itu aku belum kenalpasti dengan lebih mendalam. Cukuplah kalau dapat pulang sehari dua jumpa mak abah dan rehatkan otak di bilik sendiri untuk tempoh itu. Sekejap pun jadilah. Cukuplah untuk buat aku rasa tenang sedikit. Minggu ini sangat rajin berhubung dengan mak. Tak macam selalunya bilamana hanya telefon mak seminggu sekali atau kalau khusyuk buat apa² kerja atau aktiviti, mungkin dua minggu sekali. Sudah terbiasa sebegitu. Tapi berbeza dengan minggu ini. Mula² mak mungkin macam pelik juga tapi lama² sudah biasa rasanya. Dia pun rajin telefon kebelakangan ini. Aku rasa aku sedang homesick. Macam tak percaya pula. T___T

Aku ni memang jarang sangat sangat sangat homesick. Sepanjang 4 tahun pengajian, mungkin ada 2-3 kali saja aku homesick. Lain betul kali ni. Padahal tinggal 2 bulan setengah saja aku akan tamat pengajian. Alahai..

Nak balik rumah.. ='(