Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, February 15, 2011

Kalau bukan kau, siapa lagi??


Setiap orang ada impian masing². Aku? Mestilah ada juga! Mahu kahwin dengan anak raja boleh tak? Err.. Tak mahu. Nanti pergerakan aku terbatas. Kadang² aku terfikir juga bagaimana rasanya bila hidup dikelilingi dengan ramai orang yang suka ambil tahu tentang kita. Ada baik buruknya. Hidup aku? Entah apa yang menariknya tetapi banyak yang suka ambil tahu. Mungkin juga sebab aku suka bergaul dengan orang ramai. Err.. Maksud aku pergi menyakat orang ramai. Huu. T__T

Bukan apa, bagi aku, bila menyakat orang, aku jadi lebih banyak tersenyum. Tapi bukan aniaya orang okay! Cuma bergurau senda disamping mengganggu ketenteraman orang di sekeliling. Sedangkan mak aku pun biasa jadi mangsa, ini kan pula kau, kau dan kau. Heh heh heh! Secara psikologinya aku fikir, bila aku cari jalan untuk buat orang lain tersenyum dan tertawa, aku akan beri peluang untuk diri sendiri rasa gembira. Itu lah fitrahnya menjadi seorang Fza Ibrahim. Kau tahu kenapa? Sebab kalau bukan kita sendiri yang nak buat diri sendiri gembira, siapa pula? 

Bila kau ada masalah, jangan lah cuma termenung, menangis dan terlalu emosi. Maksud aku, jangan sampai tahap boleh memudaratkan diri sendiri. Bukankah mencari senyuman sendiri itu satu usaha yang sangat positif? Carilah dalam diri sendiri. Tanya pada diri, kenapa kau bersedih terlalu lama? Lama kelamaan kau akan jumpa juga jalan. Kalau kau usaha dengan baiklah. Cuba kau jalani hidup seperti aku. Bagaimana? Fikir positif dan selalu cari jalan untuk buat diri sendiri gembira. Tapi jangan pula kau ketawa sepanjang minggu tanpa henti. Itu gila, bukan gembira. T____T

Baik. Aku tak mengerti kenapa mata masih segar bugar sedangkan jam sudah 4:31 pagi.
Akhiri entry dengan gambar sendiri. Wuuuuuuuuuuuuuu~


Wahai mata, marilah tidur. Pleaseeee?