Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, February 17, 2011

Ambulance.


Hari Selasa lepas kau semua cuti, bukan? Aku? Ada kelas ganti 4 jam dari jam 230-630 petang.
Tidak mengapalah, cuma presentation yang harus dihabiskan oleh semua groups. Jam 325 petang, seorang rakan kelas aku seharusnya buat perbentangan dekat depan tapi tiba² menggeletar betul² belakang aku. Kemudian aku nampak airmata dia keluar. Lama² dia macam nak jatuh, ada beberapa orang cuba papah dia. Tiba² dia jatuh betul² belakang aku. Err.. Err.. Tak fikir panjang, aku terus bangun juga walaupun dia jatuh dekat belakang aku dan block kerusi. Kami papah dia ramai² bawa turun dari tingkat 3. Lepas letak dia dalam kereta, aku tersedar yang tangan aku menggeletar. Al maklumlah aku bukan jenis cepat panik. Selalunya aku hadapi perkara yang seharusnya buat orang panik dengan sangat relaks. Semalam pun okay cuma entah bila aku menggeletar pula sebentar. 

Kemudian, ambulan sampai. Dia tak sedar diri. Dalam 10-15 minit, kami sampai ke hospital. Aku pun dah letih otak sebab malam tu tidur jam 630 pagi, rush pergi kelas kemudian tiba² rush ke hospital. Nasib baik aku tak disuruh check-in wad. Huu. 


Ini tangan beliau, bukan tangan aku.

Jam 745 malam, dia sudah boleh pulang. Ohh lupa. Kenapa dia jadi macam itu? Sebab sudah seminggu tak makan nasi tapi makan benda yang tak berkhasiat. Alahai.. Cara salah untuk berdiet. Doktor marah. Tapi alhamdulillah semua dah baik seperti sediakala. 

Moral:
Kalau kau nak diet, tolong jangan drastik sangat. Perlahan² okayy..