Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, February 24, 2011

Alahai Emak..


Masa: 18:17
Lokasi: Atas tilam tak berapa empuk
Perkara: Perbualan dalam telefon

Seperti masa yang tertera diatas, telefon berbunyilalu ditekan button 'Answer'. Mari baca perbualan dibawah:

Aku: Hello mommy!
Mak: Assalamualaikum..
Aku: erk. Waalaikumussalam. *sentap. hee :D*
Mak: Pukul berapa balik ni kejap lagi?
Aku: Ehh? Kenapa pula?
Mak: Kata nak balik hari ni?
Aku: Minggu depan lah mak. Minggu ni ada program.
Mak: Haha. Laa.. Ye ke? Tersilap hari la ni..
Aku: Haha. Kan dah cakap, 4hb baru balik. Bukan hari ni maaa..
Mak: Hehe. Tak sabar nak tunggu anak balik rumah punya fasal. Rindu..
Aku: Hehe. Minggu depan orang balik ye..?
Mak: Tu lah. Mak dah beli macam² dah ni. Ingatkan balik hari ni..
Aku: Ahalai.. Tak apa. Minggu depan beli lagi banyak ye? Haha!
Mak: Iyo lah tu. Ok lah kalau macam tu. Minggu depan lah ye. Hehehehe..
Aku: Baik! Tunggu orang balik tau mak! Nanti kita main game. Kehkehkeh..
Mak: Haha. Ok². Assalamualaikum.
Aku: Waalaikumussalam. ♥ you!

End of conversation. Bukan sekali mak tersilap dan beli macam² sebab fikir aku balik pada hari yang sebenarnya aku tak balik. Alaaaa.. Ni yang buat lagi rindu rumah ni. 

Saya ada mak yang sweet. Saya sayang itu manusia. Yey!!
Senyum. =)