Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, January 29, 2011

Umar Nurfitri, thanks a lot! =)


Semalam keluar. Almaklum lah sudah mula cuti tapi aku masih disini belum pulang juga. Mungkin petang kejap lagi atau esok, tengok la bagaimana dulu. So, tujuan keluar semalam untuk celebrate birthday aku yang dah lama terlepas haritu. Haha. Tapi kira okay lah kan? Satu lagi tujuan sebab nak celebrate birthday crime partner aku ni juga. Birthday dia bulan Julai sebenarnya. Tapi memandangkan kami akan tamat pengajian bulan Mei ni, jadi memang tak sempat lah nak celebrate nanti kecuali kalau kami tinggal dekat. Masalahnya kalau jalan kaki, memang seminggu pun belum tentu sampai rumah dia. Mungkin hanya akan mati disejat matahari sahaja. Wuu. Sadis. Baiklah. Mari aku perkenalkan manusia yang namanya tertera diatas. Tadaaaaaa!

Terpaksa bubuh gambar komersial sedikit. Kalau tak kang, pasti akan dimaki hamun beliau untuk menukar gambar yang mitosnya dikatakan harus kelihatan 'kachak'! Baiklah, mari menangis sekarang. Sila jangan kata beliau 'kachak', nanti aku muntah darah. Ergh!!! T__T
Hee.. Jangan marah weh! 

 Kami bertiga semalam. Mula² pergi cari tiket wayang. Kami layan cerita Shaolin tu. Not bad tapi mula² slow gilaaa. Lepas tu, ok la. Kemudian ke Pizza Hut bantai makan set untuk 4 orang, padahal kami cuma 3 orang. Sampai tak habis mushroom soup yang lagi satu mangkuk tu. Air satu pitcher tu ada lagi setengah. Kerja kami dekat sana adalah bermain dengan ini:


Hahahaha. Kau seharusnya tahu apa fungsi butang² ini. Semalam sangaaaaat ramai orang jadi service agak lambat. Mushroom soup sudah bagi bersama breadstick tapi sudu, garfu serta pisau tidak ada. Perlukah kami teguk sahaja sup tersebut? Tak mungkin.. Huu~ Habis bergelak macam nak pecah perut dengan segala imaginasi di sana, terus ke uptown. Tak beli apa sangat pun tapi orang sangat ramai. Kemudian ke dataran dan kami bantai makan Secret Recipe.

Haaaa.. Aku sudah siap bagi pendapat dekat dalam gambar. Yang not bad tu, aku suka walnut dia sahaja. Wuu. 

Yaaaa! Yang ini yang aku maksudkan tadi!
*dengan penuh emosi. Huu~*

Kemudian kami pulang dengan gembira. Almaklum lah perut sampai dah letih, mulut juga penat mengunyah. Pulang rumah tukar baju dan lakukan apa yang patut kemudian zzzzZZzzzzzz.

Nota Kaki Ayam:
Terima kasih crime partner untuk semuanya. Nanti aku mahu tulis satu entry lagi khas untuk kau. Sekian.