Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, January 24, 2011

Sebab kau terlalu kejarkan kesempurnaan.


Kadang² kau tak sedar apa yang tuhan beri kau. Kau merungut, kau mengeluh, kau meraung dan kau tunjukkan ketidakpuashatian kau pada semua orang. Tunjukkan yang kau boleh dapat lebih dari apa yang kau ada sekarang. Kau cabar diri sendiri dan orang untuk lihat sejauh mana yang kau boleh pergi. Aku tak kisah. Betul, aku tak kisah kerana sifat ithu bagus. Cuma bila satu hari nanti kau sudah dapatkan sesuatu yang kau fikirkan lebih baik dari apa yang kau ada sebelumnya, kau tiba² tersedar ada sesuatu yang kurang. Atau ada sesuatu yang terlampau menjangkaui apa yang kau fikirkan. Menyesal? Aku pasti ithu yang kau akan rasa. Bukan kata kau, aku pun pasti akan rasa sedemikian. Apa yang kau fikir yang kau boleh lakukan? Patah masa kembali? Hebat sangatkah kau? Tak, aku juga tak mampu jadi sehebat ithu. Tidak mungkin.

Kita sering fikir tentang kesempurnaan. Betapa hidup kita sangat memerlukan apa yang kita impikan. Betapa semua ithu indah jika dapat direalisasikan. Bukan semuanya mampu kita dapat bukan? Pastinya tidak. Aku tak kata yang kau harus berpuas hati sahaja dengan apa yang ada sekarang walaupun kau menyampah dengan hidup kau yang serba serbinya kurang bagi kau. Kau masih boleh buat pembaharuan dan penambahan bukan? Cuma, hidup ini perlukan kita untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. 

Aku belajar dari kesilapan lampau. Sebab aku pernah lepaskan sesuatu yang aku rasakan kurang penting dan akhirnya aku menyesal sebab beberapa detik dan ketika selepas kejadian, aku tersedar bahawa aku sudah lakukan kesilapan yang agak besar dalam hidup. Tapi siapalah aku yang boleh putarkan masa. Apa yang lepas, biarkan. Dan jangan lupa belajar dari semuanya. Jangan kau ulang semula kesilapan lama. Aku pun tak mahu sedemikian. Aku tak mahu terlalu kejarkan apa yang belum aku pasti. Benar, aku tak mahu. Bimbang hal lama terjadi lagi. Risau jika boleh buat aku berdarah lebih parah dari yang sebelumnya. Aku tak mahu. Aku tahu bagaimana perasaannya. Aku mahu belajar untuk bersyukur dengan apa yang aku ada dan jangan tamak. Minta dijauhkan.

Dan kau, kau serta kau sekalian juga. Belajar untuk bersyukur dengan apa yang kau ada. Kalau ada yang kurang disana sini, ithu tugas kau untuk perbaiki segalanya. Cuba ubahsuai disana sini sedikit demi sedikit hingga akhirnya kelihatan sempurna. 

Apa kau mahu, kau sendiri yang tentukan.
Ingat, fikirkan tentang orang lain juga.