Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, January 26, 2011

Pilihan kau sendiri.


Bila naluri kau bicara, dengarkan. Jangan biar sampai ia terjerit terlolong hingga akhirnya ia putus asa. Benar, naluri selalunya tidak menipu. Bila kau yakin dengan sesuatu, kau pasti akan mampu lakukannya dengan baik. Kadang² orang pertikaikan apa yang kau pilih. Tapi tahukah mereka kenapa kau memilih itu dan ini? Kenal benarkah mereka dengan kemahuan kau yang sebenar? Biarlah kita belajar tentang hidup dengan melakukan kesilapan. Tapi haruslah sedar akan hal sedemikian dan lakukan dengan lebih baik jika kau mahukan hidup yang lebih gembira. Belajar untuk memaafkan orang lain dan yang paling penting, diri sendiri. 

Dalam pada kau cuba untuk mencari hala tuju kehidupan yang sebetulnya hati kau mahukan, kadang² kau terlalu meluru dalam membuat keputusan. Hakikatnya, semua keputusan akhir memang tuhan dah sediakan untuk kita cuma cepat atau lambat itu sahaja persoalannya. Kadang² ada lampu neon tersuluh dimuka dan membuatkan mata kau silau terkena pantulan dan kau mula berlari kesana kesini tanpa arah tuju. Kau mahu selamatkan mata kau dari buta tapi kau tak sedar bahawa cahaya itu lah yang mungkin mampu beri kau apa yang kau mahu. Tak mengerti? Fikir lagi sedalam dalamnya.

Baiklah. hentikan bebelan.
Ini gambar semalam selepas ambil gambar kelas untuk kenangan di semester terakhir.

Dan itu Saidah. Dan pastinya aku akan merindui kesemua mereka yang lain juga nanti.