Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, January 11, 2011

Kau kategori yang mana satu?


Mari mulakan entry dengan quote:


Aku percaya pada nasib. Sesetengah orang memang dilahirkan dengan nasib yang baik dan sesetengah pula disebaliknya. Tapi apa yang aku lihat pada hari ini, manusia cuma mahu mengeluh tentang itu dan ini tanpa lakukan apa². Okay, itu tidak aneh namun benar bukan? Tak, tak. Aku bukannya mahu membebel disini. Ada yang kata, peluang selalunya hanya datang sekali seumur hidup. Tapi percaya atau tidak, sesetengah orang memang sudah banyak kali di hadapkan dengan peluang namun sukar sekali kelihatannya untuk menerima atau mengambil peluang yang ada didepan mata. Bunyinya seperti familiar bukan? Jangan salahkan sesiapa jika ada yang terasa. Ramai yang percaya jika kita mahukan sesuatu, cuba dapatkannya dengan bersungguh-sungguh. Ada yang sudah menyahut cabaran namun akhirnya berhenti di tengah jalan. Salah siapa? Kau pun boleh berfikir bukan?

Kadang² kita merancang dengan penuh teliti tapi akhirnya terjatuh, tersadung, tergelincir di tengah jalan. Jadi apa langakh seterusnya? Ya! Sama ada kau bangun semula dan mula berlari mengajar yang lain atau kau diam sahaja dan tunggu orang lain datang membantu kau bangun semula. Itu masih okay tapi ada yang memilih untuk duduk sahaja di tempat yang sama tanpa mahu cuba bangun kembali.

Kau kategori yang mana satu?
Fikir²kan lah ya! =)