Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, January 27, 2011

I just saved a life yesterday. =)


Percaya tak kalau kau nak selamatkan nyawa, kau tak perlu jadi superman, sailormoon serta power rangers? Kalau orang tanya aku bagaimana mahu selamatkan nyawa, aku pun tak tahu bagaimana mahu jawab. Tapi, semalam aku dapat juga selamatkan nyawa tanpa perlu jadi superheroes yang kau selalu tumpang sekaki tengok sekali dengan adik kau kat dalam tv tu. Hooo. Sebenarnya, semalam aku pergi library dan nampak pula kaunter derma darah. Kemudiannn.. Mari lihat gambar! =)


Ini borang untuk siapa yang mahu derma. Hee..


 Hai, saya berdarah A. Awak, awak dan awak pula? =D


 Mereka bagi ini lepas dah selesai isi borang dan timbang berat serta check blood pressure.

Teruja tengok darah sendiri mengalir laju ke dalam beg plastik. Err.. Maksud aku ke dalam beg darah.
Hehhh. 

Gadis mata sepet ini adalah saya. Hairan betul boleh jadi sepet. Hairan. Hairan!! T__T

Baiklah. Tamat sudah siri pemberitahuan kenapa aku cakap 'i just saved a life yesterday'. Harap² dapat membantu orang yang lebih memerlukan walaupun kalau boleh aku nak cerita lagi apa jadi lepas tu. Tapi tak perlulah kot. Pengalaman no 2 ni aku nak tambah lagi nanti. Biar sampai no 200 pun tak apa. Kau dan kau serta kau pun! Jangan takut derma darah. Tak rasa apa pun. Heee.. =)

Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan akibat pixel camera handphone 
kawan aku yang lupa ditukarkan settingnya. Huu.