Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Friday, January 28, 2011

Cuti bermula.


Cuti pertengahan semester dah bermula tapi aku masih di rumah sewa sedangkan yang lain semuanya sudah sedap tidur berdengkur di rumah masing². Aku? Nanti lah aku fikirkan bila mahu pulang. Aneh betul. Masa orang tak bagi cuti, nak balik sangat. Masa orang bagi cuti, buat muka emosi tak mahu pulang pula. Entah apa lah punca kemengarutan ini. Sebenarnya, risau juga kalau tiket habis walaupun tiket mahu pulang ke rumah ada setiap sejam. Tapi tahun lepas pernah sold out dan merempat lah aku dekat Penang Sentral entah sampai pukul berapa. Huuu~

Lepas cuti ni, banyak assignments harus hantar, test dan presentation pun sudah pasti. Mari stress sekejap. T___T
Tadi hidung berdarah. Lepas baring sekejap selama lima-belas-minit, keadaan pulih sedikit. Tiba² rindu katil empuk di bilik sendiri. Bukan katil bilik adik² ye, bilik aku. Ya, sendiri lah! Huu~ Maaf, emo kejap. 
Oh ya! Err. Aku mahu berhenti disini dahulu. Sekian.

And yeah. Untuk breakfast, aku masak ini tadi. Carbonara Spaghetti. Tengah sedap mengunyah seorang diri, tiba² rasa macam nak ambil gambar. Jadi, ini lah dia..