Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, January 20, 2011

Backpacking around Europe.


Kau pernah pergi Europe takkk? Bukan apa, saja lah mahu tanya kau sekalian. Europe sangat lah best. Haaa.. Ithu kata oranglah. Aku? Pernah juga pergi beberapa kali ke sana. Sangat cantik weh. Tapi macam biasa la. Pengalaman tu semua baru je dalam mimpi. Bila nak jadi realiti, tunggu masa depan kelak lah kot. InsyaAllah.

So minggu lepas cuti 3 hari. 14-16hb. 14-15hb aku pergi redah Gua Tempurung. Ithu lah plan asal. Tapi aktiviti basah tak ada masa petang sebab masa tu pun memang dah tengahari. Diorg nak sembahyang jumaat so tak ada lah tourist guide. Then decide untuk datang esoknya pula lah. Disebabkan plan sudah berubah, aku dengan seorang lagi kawan aku ni, Dian [memang nama sebenar] dah blur. Dian tanya aku kemana nak pergi. Mulut lancang je aku sebut,

"PANGKOR JOM!"
"Serious?"
"Iyeee.."
"Betul ni..?"

Terus aku buat muka blur semula. Perlu aku ulang seratus kali tak Dian? Macam tak perlu je kan? Hee. Aku tahu Dian mesti fikir aku gila. Tapi pergi juga. Hehhh. Dah naik feri, masing² tak percaya. Mimpi kah? Tapi kenapa dengar suara anak² orang lain terjerit² bagaikan sedang lemas sedangkan kami diatas feri dan bukannya atas pelampung di tengah lautan? Huu. Panjangnya ayat aku. Tapi layankan sahaja suara sumbang sumbing di dalam feri. Aku sempat juga lah  bantai tidur sebentar. Sampai je dekat jeti Pangkor, terus pergi ke tepian. 

"Amoi! Lu mau sewa moto ka? Keleta pun ada.."
"Lain pilihan tak ada hah apek..?"
"Lu naik taxi maa. Tapi mahai. RM25 sekali naik. Lu mau pergi mana?"
"Teluk Dalam Resort"
"Ohh. Dua puluh lima maa.. Lu mau motor ka? Takkan sesat punya maa.."
"Dekat ka apek? Kalau sesat juga?"
"Haiya.. Ini pulau lu pusing² mesti sampai sini juga. Talak sesat munya.."
"Ok lah. Kami amik.."

Sebab kalau kereta RM80.. Padahal awal² pagi dah nak pergi Gua Tempurung semula dah. Bazir je. Ambil motor tu pun dah macam mahal. Nak b'backpacking mesti control budget juga. Tapi tak apa. Layankan sahaja.. T__T
So dengan muka bangga dan gembira serta senang hati sebab dah sampai sana, kami pun meronggeng. Dian duduk belakang, aku yang tolong rempitkan. Hehhh. Baiklah. Mari lihat sedikit gambar.

 Tadaaa! Ini selipar Dian dan Selipar bigfoot. Tett! T_T

Salah satu scene yang aku suka. Dekat Teluk Dalam ni.


 Maaf, ini bukan Dian. Ini adalah aku.

Maaf, ini aku lagi. Ok, kau boleh lihat helmet Turtle aku kan? Aku tahu aku nampak comel bila pakai macam tu. Huu.. T__T

Okay! Ini barulah cik Puan Dian Suhana Suhaimi. Wah, panjangnya nama. Huu~

Esoknya kami ke Gua Tempurung. Gambar gua lah banyak tapi semua kat Dian. Aku teruja lebih sampai lupa nak ambil gambar. InsyaAllah nak pergi lagi. Minggu depan housemate ajak pergi backpacking kat Langkawi pula. Tak tahu lagi mahu pergi atau tak.

So, pesanan penaja:
"Kalau nak ajak b'bagpacking dengan cik Fza Ibrahim, sila pastikan mental anda semua bersedia untuk segala macam kemungkinan. Huuu.."