Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, December 30, 2010

Sebab satu hari nanti kau akan lihat aku berdiri di'sana'.


Kadang² orang tak faham apa yang kita cuba lakukan dalam hidup kita sendiri. Orang akan kata ithu dan ini untuk semua tindakan yang kita ambil. Sebabnya mudah, kerana semua orang ada pendapat sendiri. Sedang kita cuba untuk belajar bertatih, ada yang mentertawakan bila kadangnya kita terseliuh dan terjatuh. Tapi, siapa mereka untuk katakan 'tidak' terhadap setiap perubahan yang kita cuba lakukan? Kenapa kita harus bertindak berlandaskan apa yang mereka fikirkan? Cara mereka dan kita tak sama. Tapi kau, kau dan kau masih juga mahu mendengar kata mereka walaupun selalunya membawa kerugian pada diri kau sendiri. Kenapa? Kerana kau takut dicaci, dikutuk, dipandang rendah oleh mereka yang lain. Tidak sedarkah kau bahawa apa yang ada dalam pemikiran kau sendiri ithu yang lebih kukuh alasannya untuk kau lakukan sesuatu dengan hidup kau? Maksud aku, ketika akal fikiran kau sedang waras berfikir. Ya, kerana kau yang lebih memahami kehendak kau dalam hidup. Jadi kenapa kau mahu dengar dan ikutkan semua apa yang mereka suarakan? Kau harus bijak menilai dan sentiasa fikirkan apa yang akan kau tempuhi di masa akan datang. Any possibility counts!

Kita selalu beri alasan tiada masa untuk ithu dan ini. Selalu kata diri sendiri sibuk dengan hal ithu dan ini jika diberi peluang untuk merealisasikan impian sendiri. Kenapa? Kerana diri sendiri. Aku tak tipu. Setiap manusia ada 24 jam satu hari. Sama seperti Bill Gates, Donald Trumph, Dr. Mahadir, mak kau, ayah kau, etc. Kita busy seperti mereka kah? Mungkin lah bila otak berkata sedemikian. Tapi kita tak ada apa yang mereka ada. Beri peluang seratus kali pun kalau masih beri alasan yang sama setiap masa, kita memang takkan kemana.

Hari ini kau lihat aku seperti berangan kosong. Tapi kau tunggu ya. Sebab satu hari nanti kau akan lihat aku berdiri di'sana'. Ditempat yang sama aku lihat manusia² yang memberi aku semangat dan keyakinan diri untuk berdiri di tempat mereka. Aku mahu ithu dan aku akan pergi ke arah ithu. Dan ya, aku benci pada kekecewaan pada diri sendiri. Oleh ithu, aku pilih untuk cuba elakkan diri dari perkara sedemikian.
Senyum.