Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, December 04, 2010

Hye sunburn! Boleh tak awak pergi dari kulit saya? T__T


Yaaaaa! Mulakan entry dengan keluhan panjang. Haissshhhhhhh! Ok, cukup panjang ithu sahaja ya. Huu. Sunburn of sunburn, cepatlah pulangkan warna kulit asal saya. Merayu ni. Wuwuwu. Ok, cukup! Aku tak suka sunburn, Kau tahu kenapa takkk? Sebab aku cepat sangat kena sunburn tapi nak heal semula gila lamaaaa..!! 2-3 minggu pun mungkin 50% je baru pulih. Cis! Boleh buat emo weh. Huhu. Bukan apa, aku menyampah tengok foundation atau bedak tidak sekata pada kulit sebab tona warna kulit berubah menjadi lebih gelap dan ithu membuatkan muka seperti menampal tepung gandum cap sauh di muka. Ha kau! Kan ke seperti mencaci diri sendiri tu? HAHA. T___T

Sebelum pergi KARISMA ithu hari, kira² 2 hari sebelum bertolak ke Shah Alam macam tu la, Sir suruh kami satu team pergi jog dari kampus ke waterfall tempat orang mandi manda sambil dating mengarut tu. Ya, 1 hari selepas raya ithu lah. 18hb ithu. Siri tanning warna kulit berlangsung selama 2 jam setengah dimana sesi bermula seawal jam 1030 pagi hingga ke 1 petang. Cuaca memang panas terik lah masa tu kan. Dah la jauh. Orang ramai yang drive cuma melihat kami berjoging di tepian jalan raya pada hari raya kedua dengan muka yang aneh serta menjengkelkan. Benci ekspressi muka aneh mereka ithu! Huuuu~ 

Tadi, bila lihat Barney upload gambar ithu hari di facebook, baru aku perasan kan hal sunburn kritikal yang dialami aku masa pergi sana. Haha. Layankan saja lah. Bukannya aku tak biasa sunburn. Tapi bila lihat beza tona di muka, tangan dan kaki yang sangat ketara, barulah tersedar bahawa diri ini sudah seperti zebra kelihatannya. HAHAHA. Alangkah baiknya kalau boleh transfer kulit kaki ke muka dan tangan. Err.. Aku bukan maksudkan kulit tapak kaki lah! T___T

Dan ya, belum sempat kulit ni nak recover semula, tadi sudah tambah tona gelapnya lagi sebab pergi lepak tepi pantai. Hari ini pergi Penang hantar mak sebab mak ada kerja dekat Paradise Sandy Beach Resort dekat dengan Ferringghi tu. Kemudian merayap dengan abah serta adik perempuan aku sambil menjemur muka. Comel kan? Haha. Harini abah layankan saja kerenah dua orang makhluk bergelar anak ni. Pergi Queensbay merayap dengan mereka. Abah ikutkan saja tanpa cakap banyak. Almaklum lah dua-dua anak perempuan beliau sudah besau jadi sudah mula pandai pergi tempat make-up, kasut tinggi, beg tangan dan bla bla bla. Beliau ikut saja dan ohh terharunyaa. AHA. Mana tak nya, adik lelaki aku tak mahu ikut sekali maka memerap sahaja di rumah. So memang abah ikut sahaja lah kerenah aku dengan si perempuan adikku ithu. Hohoo. Kaki sakit kesini kesana dan kepala pun sudah berat. Ithu bermakna aku harus tidur sekarang. Mari join sekali!

Dan doakan sunburn aku pergi jauh secepat mungkin ya! T___T