Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, December 01, 2010

Hiargh! Miss me already? Heee~


Ok. Hari ni nak start entry dengan muka kerek. Sebab apa? Sebab aku dah sampai rumah. Miahaha.. Eley, tau lah kau semua tu dah lama balik rumah, aku ni je yang baru nak balik. Ya, kau menang. T_T
Baiklah. Memandangkan raya haji pun tak balik rumah sebab ada training untuk KARISMA, maka hari ni buka fridge cari makanan macam best. Ok, tiada kaitan. Maksud aku, bila balik rumah saja mula la nak makan ithu ini. Hah, jangan! Motto untuk cuti sekolah kali ini ialah:
"Kurangkan karborhidrat dan lebihkan air kosong serta senyuman! Ehh.. Protein lah!"
 Haaa.. Comel kan motto aku? Ngaaaaa.. Memandangkan game semuanya dah selesai, sudah pastinya sesi fitness pun bakal diabaikan. Maksudnya apa? Haa.. Kau fikir sendiri. Huu~ Baik. Mari aku tunjuk dan ceritakan saja apa yang aku buat selama 2 minggu selepas final exam aku selesai. 12hb November hingga 18hb November training berlangsung setiap hari. Kemudian..

19hb November 2010:
Bertolak ke UiTM Shah Alam jam 9 pagi dari kampus. Sampai sana kira² jam err.. Aku lupa.. T__T
Ambil kunci bilik kemudian bantal dan cadar serta sarung bantal. Ngeh. Masuk bilik, kemas barang dan rest sekejap. Lepas tu, bla bla bla.. Nothing much yang best sebab masih letih. Malam, kira² jam 10 pm, si Barney datang bersama Sara dan Zul angkut aku ke i-City dan makan. Yeay! Maaf, jangan terlalu gembira. Gambar tiada. Maksud aku, semua gambar ada pada kamera si Barney. Masih belum ambil. Huu. Kemudian pergi makan dan di campak semula pulang ke bilik.

20hb November 2010:
Sarapan pagi dan training lagi. Lepas tu aku lupa apa aku buat. HAHA. Kira² jam 3 petang, si Barney kata mahu datang lagi bersama Sara dan Zul untuk ambil aku. Mahu hantar Sara dan Zul ke Stadium Putra Bukit Jalil kemudian kami mungkin akan melilau ke tempat lain. Tapi! Tiba² Barney ajak join Sara dan Zul sekali. Kemana? Haaa..

Tadaaaa!! Kesini.

Boleh tahan la event tu. Opening ada Faizal Tahir dengan Deja Voodo Spell. Pastu ada lah Yuna, Bunkface, Maya Karin, Nora Danish, bla bla bla. Malas nak type semua. Ramai sangat. I bet, aku tak perlu kasi review banyak² kot tentang event tu sebab dalam news paper pun kau boleh tengok. Hoho. The best part, kami pulang lebih awal sebab kebosanan. HAHAHA. Tapi bagus juga lah kan sebab tak perlu melalui saat kereta bersepahan di tengah jalan bila event habis. Hoho. Lagi sekali, gambar ada pada Barney. Nanti akan update gambar pula jika sudah dapat. Huu~ Kemudian makan dan pulang ke bilik semula.

21hb-22hb November 2010:
Nothing much kot. Buat training je dan ada majlis perasmian. Semua kampus UiTM ada kat sana lah termasuk Sabah dan Sarawak punya. Sesak stadium. Huu.. Tapi dapat lah juga bersalam dengan Tengku Muda Pahang. Hoho. Gambar sekali lagi masih belum ambil dekat kamera kawan aku. Kamera sendiri pergi bengong tidak bawa. Adess. T__T
 Then huha huha sebentar dan makan kemudian tidur. Ngeh ngeh.

23hb-24hb November 2010:
Jeng Jeng! Dua hari ini baru game kitorang bermula. Finally. Game aku on the 2nd day. Heee..




 Gambar yang lain pun belum ambil. Bosan betul entry tiada gambar yang best. Uhuuu.. Jangan tanya aku menang atau kalah sebab experience yang aku dapat lagi mahal lagi ithu. Betul kan? Tapi, medal dia macam dekat bawah ini lah kelihatannya. Hoho..


Juga jumpa ramai kawan baru dari banyak kampus. Sukaa.. =)


Habis sahaja semua, terus gerak balik ke kampus. Esoknya pula ke Stadium Badminton Cheras. Haaa.. Pergi tengok selection Taekwondo Malaysia [TM] kat sana. Tapi sempat tengok junior category je sebab senior category esoknya tapi aku dah nak balik hari tu juga, maka tidak dapat pergi lah. Huu~ Tapi demo taekwondo Malaysia punya team not bad. Meh tengok video kalau nak:


video


Kalau tak boleh view video, mari kita view gambau lah ye. Hooo.. Sangat ramai orang dari kelab seluruh Malaysia kat sana.





Selesai tengok demo dan some fights, kami pun terus gerak ke Subang sebab bas tunggu disana untuk angkut kami pulang ke kampus. Fuhh! Setel semua. 


28hb-30hb November 2010:
Pergi ke kursus kenegaraan pula. Kali ni merangkumi semua kampus daerah utara. Perlis, Kedah dan Perak. Yang Penang tak hantar wakil, tak tahu kenapa. Ngeh ngeh. Dah banyak kali pergi kursus macam ni tapi still nak pergi lagi. Mahu sedarkan diri sendiri supaya sayangkan negara sendiri. Hoho. Kau, kau dan kau pun jika ada peluang pergi ke kursus macam ni, harus pergi okey. Jangan asyik duduk rumah dan cakap bosan tak tahu nak buat apa. Pergi luangkan masa tengok dunia sikit dan jumpa dengan ramai kawan baru. Hee~ =)


Ini tag yang diterima. Hihaaa..

Well, so far tu la aktiviti aku untuk cuti ni. Padat dan seronok. Bulan Disember ni mungkin sedikit free. Walaubagaimanapun, aku tetap mahu cari aktiviti nanti sebab aku tak boleh nak duduk diam saja. Bosann. Huu. 

Yeahhh! Akhirnya blog ter-update jua. Yeayyyyyy!!