Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, December 05, 2010

Hari ini macam semalam juga. Heh.


Mari mulakan dengan nyanyian siri itik pulang petang!
"Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi.! Lalalala.."

Baiklah. Hari ini bangun awal pagi dan pergi ke rumah Tokwan untuk bersarapan di sana. Selesai masak nasi goreng serta bihun goreng, berangkat ke sana. Semalam pun macam hari ini juga. Tapi menu semalam lain. Nasi lemak sambal kupang. Huuu.. Aku tak berapa suka kupang. Uhuu~ Selesai semua, kami pulang ke rumah. Aku masuk dalam dan capai gitar terus bawa keluar ke belakang rumah dengan adik perempuan aku. Main gitar bersama ayam! HAHAHA. Comel gila. Tekun betul ayam² tu dengar aku melalak. Pasthu buat muka protes pula lah kan. Ngahaha.


Dah puas aku sakitkan hati ayam² tu, hantar gitar ke ruang tamu. Ngaaaaa.. Kemudian, seperti semalam juga aku main basikal seorang diri di depan rumah. Sambil ithu, abah cuci kereta dengan adik lelaki aku. Adik aku yang perempuan pula mencantas serai emaknya dengan tekun dan pabila sudah letih, dipaksanya aku sambung buat kerja ithu. Grr. Tapi tak mengapalah, layankan sahaja. Aku pun cantas sampai kemas. Murni betul sikap hari ini. Hee. Orang kata bila kita mulakan pagi dengan mood yang baik serta girang tersenyum, InsyaAllah sepanjang hari kita akan ceria. Harap² lah ye.

Kemudian ikut mak pergi pasar minggu. Beliau mahu beli apa ntah. Aku ikut je tanpa banyak songeh. Hoho. Sekarang sedang type entry sebab duduk rumah seorang diri kerana tidak mahu ikut yang lain keluar. Mata mengantuk dan tak rasa macam nak keluar. Sedang plan nak record lagu tapi tengok lah macam mana. Mood tu penting. Ngeh.

Nota Kaki Ayam:
Pakngah bawa Tokwan pergi IJN harini. Hopefully everything would be just fine.
InsyaAllah.