Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, November 08, 2010

Sayang, jangan buat hal boleh takk? Aku dah penat la dengan perangai kau ni..


Stress pula lah kan. Benda yang sepatutnya ada, boleh jadi tiada. Sayang, kau ni mengada pula sejak beberapa bulan ni. Buat aku stress dan tension je. Bila aku tak perlukan kau, perangai baik gila. Bila aku betul-betul perlukan kau, kau mula buat hal. Ini tak boleh, ithu tak boleh. Sengsara gila! Bila orang lain tanya ithu ini, memang aku boleh tiba-tiba blur. Kau dah tak sayang aku dah agaknya. Dah benci aku mungkin? Padahal selama ni aku sayang kau baik-baik. Mana aku pergi pun aku pesan suruh kau jaga diri baik-baik dan jangan buat hal. Memang, kau dengar cakap aku. Tapi bila sampai masa aku sangat-sangat perlukan kau, 
KAU BUAT HAL. Argh! 
 Suka buat jahat dengan aku. Buang dari hidup aku kang baru kau tahu!!!

Dah, kau semua jangan fikir bukan-bukan. Aku tengah cakap dengan laptop aku ni haa. Grrr~
Suka sangat nak corrupt file aku semua bila benda tu urgent. Pandai pula pilih file mana yang penting dan mana yang tak. Bila nak buat kerja, masa tu la tak boleh on. Masa tu lah file missing segala. Pasni aku akan cari jalan supaya kau akan disucikan kembali. Sesi format m'format akan berlaku. Wahai Babybulbs, kau bakal mandi wajib! Lepas ni tolong jaga kesucian kau! Jangan buat hal lagi. 

Jangan sampai aku kecewa lalu pergi gantikan kau dengan yang lain! Huh!!