Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, November 17, 2010

Ohh, esok raya korban rupanya ehh?


Salam. Entry kali ini agak sedih. Orang lain ramai yang sudah pulang untuk menyempurnakan cuti mereka dan dengan jelasnya lah dapat beraya bersama keluarga kan? Aku? Masih duduk dirumah sewa seorang diri berkorban untuk training. Hari ni kami training paling extreme. Pedih, perit, dehydrated, SEMUA! Lebam sana sini boleh kata seluruh badan pun ada, darah pun turut serta. Waahhh, kecederaan di malam raya.

Sedih pula bila fikir. Macam ni rupanya rasa bila orang yang tak ada ahli keluarga bila tiba saat yang sepatutnya mereka gembira dan bersuka ria. Macam ni rupanya.. Sedih gila kot! Macam aku? Seorang diri di rumah sewa, dengan kaki bengkak sudah terhinjut, tangan dua-dua belah pun boleh tahan kemudian family aku semua dah balik kampung. Waaaaaaaa.. Ok, sabar. Aku tahu kali ni ramai students yang tak balik beraya sebab final exam mereka masih sedang berlangsung. Tapi still, sedihnya... ='(

Mommy, i want your hugs! Wuuu~