Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, November 15, 2010

Oh tidakk! Ada yang terbunuh!


Mari mulakan entry dengan gambar.
Tiba² terpandang gambar yang aku pernah snap tahun lepas ni dalam folder. Huu~

Jam di laptop sekarang menunjukkan tepat pukul 1:05pagi masa aku mula type entry ni. Hah! Masih awal rupanya. Satu hari aku cuma duduk sahaja di dalam bilik. Mengadap Babybulbs seperti biasa dan melayan perasaan. Cewah! Bosan tak terkira tu kau jangan cakap lah. Housemates aku semuanya ada final paper hari ini. Semalam kan aku sudah beritahu. So, hari ni rutin aku sama sahaja sejak pagi lagi. Sakit pinggang duduk depan laptop saja. Bukan tak mahu keluar tapi semua orang sudah pulang. Sekarang? Ya aku duduk seorang diri di rumah sewa sahaja. Housemates aku pun semuanya sudah pulang ke kampung halaman dengan jayanya. Secara logiknya, patut kah aku pergi ke hall dan buat tarian singa tanda gembira? Pastinya tidak, bukan? Grr.

Nyamuk pula dari semalam nak berperang dengan aku. Mentang² sedang musim hujan, berteduh di bilik aku pula. Ithu lah yang banyak terbunuh aku kerjakan sejak malam semalam. Ithu lah yang aku highlightkan juga di tajuk kat atas tu. Huu~ Rutin aku makin bosan kebelakangan ni sejak habis final. Nak balik, memang tak boleh. Raya haji pun aku harus beraya di kampus sahaja. Bosannyaaaaaaa!! Harus telefon rumah hari² nih! Tak boleh jadi! Boleh sakit mental nanti. ='(

Tepat jam 8.30malam, terus gerak ke kampus. Hari ni dah bermula sesi latihan. Nasib baik ada training jadi rutin berubah sedikit. Esok pagi cadangnya mahu ke kampus lagi untuk buat fitness dengan team mate. Hidup sendirian lah nampaknya 2 minggu ni. Jangan ada yang sampai pergi mencari fasal dengan jiran sudah lah sebab bosan tahap melampau. Grr. Nasib baik ada gitar, nasib baik ada laptop. Esok mahu pergi ke unit sukan juga minta body protect sama kicking target. Boleh training seorang diri dalam rumah. Maklumlah masih belum punya anak. Suami juga tiada. Ok, aku mengarut. Haha. Gelak pun dah tak ikhlas. Balik training dalam sekitar jam 11.40malam, kedai semua dah tutup. Selalunya masa macam ni masih meriah disini. Hari ini? Area ni mati terus sebab semua students dah pulang. Bosan gilaaaaaaaaaaa!

Nangis seorang diri dalam bilik mengenang nasib diri. Huu~ T___T