Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, November 01, 2010

Miu miu. Ngeh. =D


Ni hao! *Pandang kau sambil tutup telinga.
Ya, anak jiran aku sedang belajar membaca barang kali kerana suara lantang dikeluarkan hingga meragut kesucian telinga aku. Sudah lah suka main masak-masak depan rumah aku. Kemudian, lepas main tinggal semua kat situ juga. Kalau kau lalu depan rumah sewa aku, kau akan berpeluang melihat krayon dalam box besar [penuh dgn krayon ya!], kasut sebelah kiri - kadang² kanan, sudu, kotak mainan, kereta penyodok mainan, etc. Wahh.. Mesti kau akan ingat aku ada ramai anak.. T__T

Jintian, wo yao shuo Huayu, keyi ma? Shenme? Ni bu zhidao huayu ma? Hao, hao. 
Bertukar kepada mode bahasa melayu kembali jika begitu. Ngeh ngeh. Kau tahu tak target aku ialah nak kuasai sepenuhnya bahasa Mandarin? Haaa.. Kau tak tahu, aku sangat suka belajar bahasa asing. Jangan tanya kenapa. Aku hanya suka. Wuu. Ok, tamat tentang bahasa. HAHA.

Sudah beberapa hari hujan asyik turun. Bukan nak mengeluh sebab aku sangat suka hujan. Bila hujan, emosi aku selalunya lebih tenang. Tapi kalau sedih, aku akan extra feel. Hoho. Esok aku ada paper lagi. Urban Sociology. Ha, subjek ni aku suka sebab banyak belajar tentang human's behaviour dekat bandar. Bila benda tentang observe² ni memang aku suka sangat lah. But yeah, aku tak ganggu orang, ok? Huu.. Baiklah, akhiri entry kali ini dengan gambar dua ekor anak kucing yang aku tangkap masa raya tempuh hari. Geram sebab comel!!! Senyum.


Dah, nanti update lagi kalau rajin. Sign out. =)