Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, November 13, 2010

Mari buat rutin yang baru! Grr. =D


Heppp! Sekarang sudah malam. Jam sudah menunjukkan pukul 8 lebih. Satu hari aku mengadap fb sahaja. Dalam rumah ni aku sahaja yang sudah habis paper. Housemates yang lain semuanya habis paper esok. Oleh ithu, aku tidak boleh mengganggu mereka. Sila harap maklum. Kemudian selepas paper esok, kesemua mereka akan pulang ke kampung halaman bersama beg yang besar. Aku? Ditinggalkan seorang diri disini tanpa teman. Baik, sila gelakkan aku jika mahu. Grr.

Walaubagaimanapun, bermula esok training aku akan diperkuatkuasakan. Yeah! Mari bersedia untuk mencederakan diri ya kawan. Fitness hilang sedikit dan kerana ithu, aku akan mendera diri berjoging semula. Padan muka pada diri sendiri. T__T
Esok akan ke kampus dan pergi mohon duduk di kolej sepanjang sesi training berlangsung. Gym juga akan kerap dikunjungi barangkali. Sehingga 18hb lah nampaknya. Rumah sewa akan dijenguk juga sekali sekala walaupun aku sibuk pergi sesi sepak menyepak nanti. Huu~ Jadual mengatakan aku akan menetap di Shah Alam dari 19hb hingga 26hb November. Oleh ithu, aku rasa adalah perlu untuk aku membawa Babybulbs bersama. Ithu adalah pasti ya! Ohh harap² boleh berjumpa sama beberapa kawan lama disana nanti. Sangat rindu!! Anis, Ain, Yana, harap² kau orang semua available lah nanti. Rindunyaaaaaa.. ='(

Rutin aku sama sahaja beberapa hari ini. Depan Babybulbs sahaja. Handphone pun entah kemana aku campak kerana fungsi pun sudah tidak dikenalpasti lagi. Tak nak bunyi sudah. Malas nak fikir, biarkan saja terabai. Lepas ni mari guna public phone kembali. Ngehh. Lepas ni nak pergi layan maggie Cup Tomyam yang aku mengidam sejak pagi tadi lagi. Ngeh, dah pergi beli tadi. Ye, ye aku tahu. Fza si buruk perangai. HAHA.