Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Friday, November 12, 2010

Kawen kawen kawen!


Hohoheyy! Final exam sudah pun berlalu. Tugas sebagai penganggur sudah mula di pikul kembali. Ngehh. Mak suruh kawen. Wah! Siapa mahu kawen dengan saya cepat jerit 
"Saya! Saya! Terimalah saya!"
Ya, tolong kata ithu sambil terkinja-kinja ya. Haaa.. Baru nampak bersungguh dan ada kesan dramatik sikit. Cuma.. Tolong pakai seluar semasa buat aksi ithu, bukan kain pelikat. Huhu. Mengarut! Mak tak suruh kawen pun, saja nak bagi perenggan pertama macam menarik sikit. Huu~ T____T

Sudah lama tidak update tapi sawang belum ada ok. Masih suci.. Wuuuuuuu~ 
*mata bulat, bibir muncung*. HAHA. Semalam aku pulang ke rumah sekejap. Ya, rumah betul lah. Dalam jam 1230am baru sampai. Kemudian pagi tadi terus gerak ke hospital untuk date sama doktor dan terus naik bas untuk pulang ke negeri dimana terletaknya rumah sewa aku kembali sebab mereka kata semua kontigen [betul ke eja ni? Grr~] harus berkumpul di stadium mini jam 4 petang hari ini. Aku pun tergesa-gesa pulang dan bila sudah sampai kampus, perjumpaan tak sampai 5 minit kemudian di suruh pulang. Arghh!! Buang masa aku saja! Baik aku duduk dirumah sambil disuap nasi di atas riba mak saja jika begithu. Grr. Sangat kecewa. *muka kucing kehilangan girlfriend*

Training start 14hb so esok sedang fikir mahu buat apa. Bosan tergolek di rumah sahaja mungkin. Marilah tidur sepanjang hari sebelum di dera oleh Sir si kejam. Sudah lah malam semalam aku tak pergi training. Mereka kata kena belasah habis²an semalam sampai ajak joging hari ini pun tidak mampu. Fuhh. Nasib baik aku tidak menghadirkan diri. Haha.