Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, November 16, 2010

Hati.



Hai hati,
Salahkah jika aku mahu gembira?
Salahkah jika aku mahu selalu tertawa?
Salahkah jika aku mahu sering tersenyum?

Hai hati, 
Kenapa kau mahu menangis?
Kenapa kau mahu bersedih?
Kenapa kau mahu berduka lara?

Hai hati,
Mungkinkah kau fikir kau sudah hilang semangat?
Mungkinkah kau fikir kau sudah semakin jauh?
Mungkinkah kau fikir kau sudah diguris lagi?

Hati hati,
Jangan lah kau meratapi kesunyian,
Janganlah kau termenung saja,
Janganlah kau mengenang gurisan itu.

Biarkan,
Hembuskan semua yang pedih,
Tiupkan pergi semua yang sakit,
Gapaikan kehidupan yang masih jauh di depan.

Lepaskan semuanya..