Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Friday, November 05, 2010

Appreciate.


Kadang² kita tak sedar apa yang depan mata ithu sudah lebih dari apa yang cukup. Tapi lumrah manusia kan untuk demand lebih dan lebih. Akhirnya apa yang sedang dimiliki hilang, yang d'demand lagi jangan harap lah. Tak, aku tak cakap kau saja begithu. Aku pun kadang² begitu. Cuma.. Semakin hari aku semakin nampak realiti dan baru tersedar indahnya hidup yang aku sudah miliki hari ini. Aku ada mak, ada abah, adik², kawan², semuanya!

Cuma kekurangan sedikit dari sudut sini dan sana ithu normal lah. Bukan kah hidup sememangnya begitu? Sebab ithu kita perlukan benda lain dan orang lain untuk lengkapkan kitaran hidup kita. Nampak? Everybody completes each other's life. Therefore, kenapa kadang² kita boleh fikir yang kita boleh hidup tanpa orang lain. Psstt! Kalau kau hidup seorang diri pun, kau masih perlukan bantuan orang lain. Contohnya, kalau kau perlukan gula, kau harus ke kedai bukan? Memang lah kau bayar, tapi di kedai ithu ada manusia yang akan tolong provide gula bukan? Hah! Fikir balik. Ithu cuma contoh paling simple la. Kalau nak lebih simple, mari lihat asalnya kejadian kau pun cukup. Kau ithu datangnya dari mana? Kalau tak ada manusia lain yang lahirkan kau, agak² kau ada dalam dunia ni tak? Fikir..

Kalau kau ada kawan, kau harus hargai mereka. Walaupun mereka cakap buruk tentang kau, mereka benci kau. Tanpa mereka, kau tak ada cabaran hidup. Tanpa cabaran hidup, tak seronok la hidup kau. Tak ada lah warna-warni macam pelangi. Pelangi cantik, kan? Sejak kecik aku sangat suka dan sangat teruja tengok pelangi. Aku selalu percaya yang pelangi ithu sangat ajaib! Dan aku mahu hidup aku juga begitu. Kadang² warna ungu, kadang² hijau, etc. Kau juga harus rasa begitu. Aku paksa kau! Haha. Tak. Siapa kau bukan aku yang tentukan.

So you, yourself will have to make the decision.
T H I N K .