Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Monday, November 01, 2010

Aku nak senyum dan terus senyum, boleh kan? =)


Hye kau, kau dan kau! Rindu aku takk
Ngeh ngeh. 

Entry 31 haribulan aku tak buat. Hari ini sudah November. Wahhh.. Cepat buat muka impress. Lalala.. Tak perlu pun sebenarnya. Baiklah. Aku mahu buat entry senyuman. Bukan tunjuk senyuman. Tapi entry yang buat aku mengemukakan senyuman. Senyum. =)

Aku bagi kau situasi ya? *terus tiba-tiba buat muka sirius*
Kau boleh bayang tak macam mana perasaan kau bila orang cakap-cakap buruk tentang kau selama ini pada orang lain dan rupa-rupanya sudah sekian lama cerita-cerita ithu buat orang berpersepsi yang buruk dan negatif pada kau. Rupa-rupanya selama ini kau dipandang seperti kau adalah orang paling buruk, keji dan kejam serta menjengkelkan juga jenis pentingkan diri sendiri. Konon-kononnya kau selalu buat ithu ini pada si polan dan si polan. Perangai kau memang sangat negative selama kau hidup dan bla bla bla. Ada pula cerita-cerita dongeng di reka khas tentang kau hari demi hari untuk mengukuhkan cerita sebagai bahan bukti. Bukan apa, nampak la macam real sikit kau memang jahat dan tak guna pada mata orang lain supaya dia nampak macam segala-galanya sempurna tanpa cacat cela berbekalkan wajah yang sangat 'suci' dan 'innocent'. Ya, disitu kelebihan dia. Haa.. Banyaknya! Kau pula memang jenis yang malas nak besar-besarkan hal lalu kau pun buat hal sendiri dengan harapan semua benda akan okay sendiri. Kau buat kerja kau, tak ganggu orang lain serta berfikiran positif setiap hari. Ok ok. Kau dah dapat gambaran tak sekarang? Dah? Belum? Ok, bagus! Baik, ithu saja. Kau boleh komen sekarang. Haha. Tak la. Situasi belum habis lagi.

Sekarang. Bayangkan pula situasi kedua. Satu hari, belang dia terbongkar dan terlihat pada mata orang yang sama yang dia ceritakan tentang kau. Betapa kau sangat ithu dan ini dan ithu dan ini lagi. Dan pada hari ithu, orang yang selalu mendengar dan mempercayai kata-kata dia baru tersedar betapa dia bukan seperti apa yang dilihat pada 'wajah'. Tiba-tiba hilang segala 'kesucian' dan ke-'innocent-an dia dengan sikap sebenar yang dia tunjuk pada mereka satu hari ni. Wah, bukan main lagi terkejut orang-orang tersebut. Kemudian, mereka datang dan mengadu pada kau kerana mereka tahu mereka di situasi kau dan akhirnya dapat tahu yang kau pula bukan seperti yang mereka gambarkan selama ini. Benar-benar kontras dengan apa yang dia tanamkan dalam fikiran mereka. Kau bukan seperti yang dia ceritakan pada mereka. Mereka dapat tahu yang rupa-rupanya kau berdiam diri kerana malas nak kucar-kacirkan keadaan lalu akhirnya dia sendiri yang tersepit dengan segala tipu daya tentang kau pada orang-orang ithu. Akhirnya dia terpaksa hidup dengan hasil pembohongan yang sudah terbongkar yang dia lakukan terhadap kau dan mungkin ke atas orang lain juga. Kau pula cuma mendengar segala kisah-kisah yang pernah dia lemparkan pada kau dari mereka ini sekarang. Baru lah kau tahu kenapa mereka berkelakuan aneh pada kau. Baru kau tahu semuanya hari ini. Dan mereka minta maaf pada kau atas segala persepsi tesebut. Kerana tidak cuba belajar mengenali kau dahulu sebaliknya terus melulu mempercayai dia kerana wajah 'suci' dan sikap 'sopan' yang ditunjukkan selama ini. Baik. Fikir! Fikir! Dan fikir! Ya, aku paksa kau fikir sekarang! *tiba-tiba emo. Huu

Sekarang pula. Mari gabungkan dua-dua situasi. Kemudian, kau fikir lagi. Berbaloi tak selama ini kau biarkan saja dia bercerita ithu ini pada mereka dan kau tak bertindak apa-apa yang membahayakan orang lain? Berbaloi tak kau berfikiran positif dan sabar dengan harapan semuanya akan okay kembali? Berbaloi tak? Kau mampu tersenyum tak sekarang bila akhirnya persepsi mereka akhirnya berubah terhadap kau bila mereka dapat tahu yang kau bukan seperti yang mereka dengar dari dia? Yang selama ini dia cipta khas untuk kau supaya dia sahaja yang kelihatan seperti sangat mulia dan suci pada pandangan mata orang ramai dan kau pula sebaliknya? Yang buat kau dibenci dan dipandang rendah? Dan akhirnya mereka pohon kemaafan dari kau atas segala persepsi yang mereka ada terhadap kau sebelum ini. Kerana kau bersabar dan diamkan saja sikap dia, akhirnya terbongkar sendiri sikap sebenar dan cerita sebenar tentang dia. Ya, oleh dia sendiri. Bukan kerana kau yang bercerita.

Baiklah. Sekarang, letakkan kesemua situasi tadi ke aku. Ya, ithu yang aku baru saja alami. Betul lah cakap orang, tak kenal maka tak cinta. Juga, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah. Dan betullah cakap mak selama ni. Orang yang bersabar ithu akan mendapat sesuatu yang baik dari tuhan di kemudian hari. Aku dah mampu tersenyum. Rupanya hikmah betul-betul wujud di sebalik sesuatu yang berlaku. Baru aku percaya. Sangat bersyukur sebab tuhan tu dah tunjuk pada mereka kebenaran. Sekarang, aku sudah mampu tersenyum lebih. Dunia makin baik. Senyum.

Jika lepas ini ada pula cerita baru dia mahu cipta untuk orang lain sebelum cerita tentang dia kali ini berbongkar, aku doakan dia sedar dan hentikan kerja-kerja yang hanya menyusah diri sendiri sahaja ithu. Cukup lah kau mereka-reka cerita indah karangan kau sendiri seperti mahu masuk pertandingan membuat karangan ithu. Semua manusia tak sempurna, kau juga. Dan jangan kau cipta lagi ketidaksempurnaan diri bila cerita sebenar terbongkar nanti. Sudah sudah lah ya. Gunakan wajah 'suci' dan 'innocent' kau untuk benda yang betul. Biar ia serasi dengan sikap dan wajah.

Dan kau, kau dan kau semua!! Ingat lah perkara-perkara ini.
[1] Don't judge a book by it's cover.
[2] Don't judge a product by its' wrapping paper/packaging.
[3] Don't judge an item's quality based on it's price. Especially during the mega-sales season. 
Ehh? Haha. Apa-apa pun, aku tahu kau mampu berfikir, bukan? Tak rugi jadi diri kau sendiri dan tak rugi pun jika orang nampak kelemahan kau. Baiki, bukan reka cerita buruk tentang orang pula. Fikir-fikirkan ya?

Ok, sambung senyum. Ngeh ngeh. Terima kasih Allah! =)

Nota Kaki Ayam:
Semakin hari semakin banyak perkara yang aku belajar. Dan ya, aku akan lebih menghargai dan ambil iktibar dari pengalaman sendiri. Senyum lagi.