Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Saturday, October 30, 2010

Wahh.. Artis tu dah 4 bulan nak sign aku rupanya. Hoho


Hai! Ini saya. Awak kenal takk saya? Lupa? Cuba ingat balik. Fikir. Ok! Sekarang ingat takk? Ya, cepat cakap kita kenal kat mana. Mesti dah ingat kan? Ha, bukan. Ithu kedai Ah Meng punya anak la. Cuba lagi. Apa? Tak kenal pula? Cesss!! Kau saja tegur aku tadi kan? Ohh, nak tanya kat mana rumah Limah? Aku bukan jiran dia lah! Eh? Bukan juga? Pergi main jauh-jauh lah! Buat tension saja!!! Grr~
------------------------

Baiklah. Iklan dah tamat. Aku baru saja menghadapi paper pertama tadi. Bukan malam pertama lah! PAPER PERTAMA! Ahh, sekarang bukan aku nak cerita tentang paper. Aku tak boleh tidur dengan nyenyak malam tadi, kau tahu tak? Tak, kau tak tahu. Aku nervous. Dalam tidur aku boleh fikir 10 knowledge management roads Map! Best gila! Kenapa? Sebab tak masuk exam pun yang ithu tadi. Grr~ T_T
Masa tengah jawab exam, ada pula seekor serangga terbang ni hinggap kat kertas jawapan. Ewah, bukan main lagi dia berjoget-joget atas kertas jawapan aku tadi. Aku layankan sekejap iklan serangga tu sebab buntu pula tiba-tiba. Beberapa saat je pun. Huu. Lepas puas dia buat onar dengan joget sakan dekat atas kertas aku, dia terbang. Pehh! Sambung jawab balik.

Habis saja paper tadi, aku ingat mahu pulang terus supaya boleh topup balik ithu tidur. Singgah ATM sekejap kerana sudah tiada duit dalam purse. Maybank punya ATM pula 'cramp'. Eceh, ayat nak unik je. Ceh! Ceh! Pergi Bank Islam tempat kau selalu beratur masa nak amik duit PTPTN dan JPA kawan kau sekali tu. ACCOUNT INVALID. Wahh.. Penat-penat aku beratur panjang-panjang sampai nak patah kaki, kau boleh cakap account aku invalid pula ya, Puan ATM?? Grr. Terus berlalu dengan hampa. Bersila tepi pagar kampus, taruk cawan kat depan sambil buat muka kalau-kau-tak-bagi-aku-duit-aku-bakar-kampus-kau-sampai-hangus-tapi-tak-apa-aku-lagi-suka dekat orang ramai. Pengawal keselamatan pun kena juga. Mereka jadi takut tengok aku bersila kat tepi pagar kampus dengan muka macam tu dan tiba-tiba semua pelajar serta pengawal sekali berlari-lari keliling dataran ilmu serta kompleks sukan untuk menunjukkan ketakutan mereka. Aku bangun dan bersuara.

"Kamu semua ini tak boleh duduk diam-diam kah? Jangan berlari-lari depan aku. KANG AKU BUNUH SEMUA ORANG KANG!"

Ya, dengan muka emo sebab ATM bergedik santai tak mahu kasi aku duit dalam perut dia. Grr. Mereka pandang aku secara serentak. Terkejut barangkali. Terus semuanya jadi seperti sediakala. Tak, aku tipu kau. Semuanya dusta dan tak pernah berlaku pun at the first place. Part ATM buat hal tu saja yang betul. Aku baru saja selesai buang masa kau, kau dan kau baca kemengarutan aku sebentar tadi. Sekian.

Bila sudah sampai rumah, housemate ajak pergi makan. Aku ikut. Makanan dah banyak habis kat kedai tu. Padahal baru pukul 1230 tadi.  Layankan saja mana yang ada. Malas nak manjakan perut. Tadhe la lapar mana pun. Sekarang ingat nak tidur, tapi dah tak ngantuk. Aku tak tahu berapa minit je aku tidur malam tadi sebab nervous gila. Haish! Sekarang nak pergi jalan-jalan kat blog orang. Tengok lah kalau rajin baru aku tidur sebab aku tak suka tidur siang kecuali kalau tertidur sebab penat. Mengeluh.

Ohh ya! 
Abaikan tajuk entry. Tadhe kaitan pun sebenarnya. Ngeh. =P