Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, October 06, 2010

Tadhe tajuk lagi. Boleh takk?


Krunch! Krunch! Krunch! *pandang kau*
Krunch! Krunch! Krunch! *sengih pula pada kau*

Ngeee.. Aku sedang makan koko krunch. Mahu jugakk? Tak boleh. Sila pergi beli sendiri. Padan muka kau. Hoho. Sekarang jam di laptop serta di tangan serta di handphone masing² menunjukkan pukul 00:07, 00:09 serta 00:06. Wahh.. Anehnya jam aku. Huu.. Aku baru balik meeting. Ngaaaa.. Aku telah skip fighter class untuk ke meeting. Tahniah kepada diri sendiri. Yeeeaaahhh! Sudah 2 hari tidak joging kerana hujan sungguh m'jeles-i aku. Wahai stamina, sila jangan lari. Ohh, ayat apakah itu? Maaf, aku kurang cemerlang dalam menstrukturkan ayat dengan cekap, efisyen dan err.. T__T

Satu hari ini masih lagi berlari kejar-kejaran seorang diri. Entah apa yang aku kejarkan aku pun dah tak ingat. Short-term memory lost. Sila jangan contohi aku. Jangan makan semut juga. Otak udang juga jangan. Huu~ Tak bermaksud aku makan itu semua. Kau jangan salah faham. Grr~
Baiklah. Baiklah. Mari update satu per satu. Study week aku akan bermula pada 15hb Oktober 2010 bersamaan dengan hari Jumaat. Ya, cuti 2 minggu sebelum final bermula. 2-3-4 hari mungkin akan aku peruntukkan untuk b'bagpacking ke.. err.. belum decide betul² lagi. Sebelum itu, aku harus setelkan research punya proposal serta data SPSS yang sungguh pening itu. Nanti lah aku fikirkan. Due date 18hb nanti.

Mari cerita tentang test mandarin tadi. Two words ok? SANGAT SUSAH. Mahu menangis ketika menjawab. Badan sudah standby mahu berguling di atas lantai manakala anak tekak sudah siapkan diri mahu jerit² meraung dalam bahasa Cina berkaum Iban. Ehh? Tak mengapa. Abaikan. Hal tentang perkara yang menyusahkan-diri-sendiri-akibat-mahu-sangat-beri-bantuan pun sudah selesai [mungkin?]. Ahh.. Kali ini aku sedikit kejam. Kepada pihak yang berkenaan, maaf jika terasa mahu marah pada aku tetapi aku rasa aku sungguh berhak melakukan sedemikian. Tidak mahu ditindas lagi. Sangat² minta kau faham situasi aku ya. Sakit dan letih jika asyik beri kau peluang pijak aku hingga hampir lunyai. Wahh.. Aku sudah kembali mempunyai pendirian tetap seperti sediakala. Sila harap maklum.

Ha, kejadahnya aku masih menaip ni? Harus siapkan kerja sekarang.
GERAKKK!

One more thing. Kenalkan..
Ini Cimokk! Bukan kucing aku ya. Terjumpa di depan bilik MPP semasa mahu pergi meeting tempuh hari. Comelll!


P/s: Barney! I know you see something. :)