Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Thursday, October 28, 2010

Sayang, kau jangan menangis ya..


Azan berkumandang. Ah, baru aku sedar sudah masuk waktu Asar. Termenung panjang di ruang tamu sejak tadi. Selesai sembahyang asar, aku duduk termenung lagi. Sunyi betul hari ni. 
Tok tok! Pintu rumah diketuk. Aku bangun dengan lemahnya. Pintu dibuka:

"Ya? Kenapa?"
"U, siap sekarang ye. Ambil angin kat luar jom.."
"Ehh? I tak larat la.."
"Jomla.. I bagi 10 minit ok! I tunggu kat luar.."

Aku angguk. Akur sahaja. Cukup 9 minit 10 saat aku selesai kunci pintu rumah.

"Good. Jom!!"
"Okey.."

Kaki melangkah keluar dari rumah. Aku rasa aneh kenapa dari tadi dia diamkan diri. Aku buat salah kah? Aku diam kan diri juga. Sampai di taman permainan tempat kami selalu berlepakan jika stress, dia duduk di kerusi yang sama kami selalu duduk. Aku duduk di sebelah. Bismillah aku baca, suara aku cuba keluarkan,

"Are you ok?"

Dia toleh dan senyum. Aku balas senyuman dia lalu aku alihkan mata ke gelongsor hijau yang abah selalu bawa aku main masa kecil-kecil dulu. Ohh rindu. Kalau lah abah masih mahu bawa aku ke taman seperti dulu. Tapi ya, aku sekarang dah besar. Abah juga ada urusan lain yang nak diselesaikan.

"Hey, berangan?" 
tiba-tiba dia bersuara.
"Err.. Tak. Teringat masa kecil dulu. Abah selalu bawa i main kat gelongsor hijau tu," 
jelas aku.
"Ohh, hurm.. Sayang abah tak?"
"Mesti lah sayang!"
"Macam u sayang i? Or u tak sayang i?"

Aku senyum. Mengada pula ini orang. Dia tahu apa ada dalam hati aku.

"Tapi i sayang u kurang sikit dari i sayang ibu tau!"
"Hehe.. Tahu lah! Nanti i dah jadi ibu, u kena lah sayang i macam u sayang ibu u juga!"
"Tengok dulu lah macam mana. Lalala.."
"Eeeee...!!!" 
Cubitan mengada aku hinggapkan pada lengan si dia.
"Sakitlah! Nak mati ke?"
"Err.. Sayang kau! Hehe.."

Aku lihat dia senyum bila aku kata begitu. Tiba-tiba telefon dia berbunyi. Berkerut dahi dia aku tengok. Aku pandang saja dari tepi. Ya, aku selalu rindukan wajah ini sebab jarang punya waktu untuk jumpa macam ini. Selalunya dia busy. Talian dimatikan. Dia senyum pada aku.

"Kenapa tu?"
"Ohh.. Kawan. Dia nak datang sini kejap lagi"
"Hurm.. Lupa nak tanya. Kenapa tiba-tiba kita kesini?"
"Sebab i miss tempat ni"
"Macam u miss me?"
"Boleh kata macam tu la.."
"Or because u miss me?"
"Miss miss lah! Mana-mana pun boleh. Grr grr. Hehe. Sorry i jarang sangat spend masa dengan u sekarang ni"
"Tak apa lah. I kena lah faham. U kan busy? Engineer terhebat kan?"
"Eleyhh.. Nanti kau juga nak kahwin dengan aku!"
"Ehh? Kena kahwin dengan kau ke?"
"Kena la! Aku paksa kau nanti! Haha.."
"Barney gila! Haha!"
"Ninja pun!"

Ketawa berderai. 20 minit mengarut, tiba-tiba kawan dia datang. 

"Sayang, u tunggu jap ye.."
"Okey.." 
Aku senyum.

Aku nampak dia tarik tangan kawannya ithu jauh sedikit dari aku. Dalam hati aku, macam nak cerita masalah dunia je. Masa mereka berkonversasi di tepi padang, aku pergi ke gelongsor hijau. Aku nampak bayang arwah tok di tepi gelongsor. Aku tak pasti apa aku rasa. Sepatutnya aku perlu lari atau jerit atau sekurang-kurangnya buat-buat pengsan. Tapi aku kuatkan diri, aku pergi ke arah tok. Tok senyum pada aku. aku cuba sentuh muka tok. Dang! Aku terkejut sebab aku mampu sentuh muka tok. Bukankah ithu cuma roh? Aku terdiam. Tok senyum dan hulurkan tangan pada aku. Sebelum aku sempat capai, tiba-tiba aku dengar suara si dia memanggil. Aku toleh. Bila aku pandang depan kembali, kelibat tok hilang. Hampa. Aku terus pergi ke tempat duduk tadi.

"U dengan siapa tadi?"
"Ehh? U nampak juga?"
"Kenapa pula tak nampak?"
"Tu arwah tok i.."
"Ohh.. Mesti u rindu dia sangat kan?"

Aku angguk. Memang aku sangat rindukan tok. Sudah 8 tahun beliau pergi. Tapi anehnya. Kenapa dia pun boleh nampak tok?
Tiba-tiba dia tarik tangan aku dan bangun.

"Jom sayang!"
"Kita nak kemana?"
"Jom la.. I hantar u balik ya.."

Aku nampak dia kesat air mata. Aku diam lagi. Rakannya disebelah kerut dahi seperti aneh. Mungkin rasa pelik seperti aku juga bila lihat dia kesat air mata. Habuk mungkin. 
Sampai dirumah, aku pelik kenapa ramai sungguh manusia. Ah, baru teringat. Abah kata nak buat kenduri arwah untuk arwah tok. Aku senyum. Si dia dan rakannya tadi masuk dahulu. Aku disuruhnya tunggu diluar. Aik? Bukan kah ini rumah aku? Grr. Nak kena ni! Tapi aku akurkn juga. Aku nampak seseorang yang aku kenal datang juga. Ah, kawan baik aku. Sebelahnya macam aku kenal juga. Macam si budak Johor yang guna ID 'Sakakola' masa zaman-zaman budak hingusan baru kenal dunia chatting. Sah! Memang dia! Lama nya tak jumpa. Aku terus meluru ke arah mereka dengan gumbira. Tapi laju pula mereka langkah masuk rumah aku bila abah panggil mereka. Ah! Ni mesti kes nak melantak dengan tahap maksima ni. Dua-dua kuat makan!

Fine! Semua orang tak nak layan aku. Si dia keluar dan kelihatan seperti sedang mencari orang. Aku pergi dan bertanyakan kenapa. Tapi rakannya tadi terus usap bahu dia.

"Sudah la tu weyy.. Kau nak cari siapa lagi ni..?"
"Tadi dia ada kat sini. Aku tak tipu.."
"Kau jangan la macam ni. Masuk la weyy. Dia ada kat dalam.."
"Yang tu bukan dia la. Orang lain tu. Dia kat luar ni tadi.."

Aku berdiri betul-betul depan dia.

"Sayang? U ok tak ni.."

Dia diam. Dia tak pedulikan aku dan terus kesat airmata lagi. Aku nampak dia lari keluar ke pagar depan rumah aku macam tak tentu arah. Aku toleh pada rakannya tadi.

"Wey, kenapa dengan dia?"

Rakannya masuk. Aku ikut dan tergamam. Aku nampak sesuatu di tengah-tengah orang ramai. Aku rasa airmata menitis di pipi. Aku terus pergi pada dia di luar. Aku dah faham sekarang. Aku cuba sentuh dia tapi.. Aku tenung wajah yang aku sayang ithu. Aku tahu aku akan rindukan dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Awak.. Baru pertama kali saya lihat airmata awak jatuh depan saya. Awak kan kuat, jangan la macam ni. Awak.. Saya sayang awak. Sangat sangat tau. Awak selalu ambil berat tentang saya walaupun awak selalu busyTerima kasih jaga saya selama ni.. Dan ya.. Saya baru teringat. Hey! Selamat ulangtahun ke-4. Jaga diri awak sayang.. Nanti kita jumpa lagi ya. InsyaAllah.."

Ithu saja aku mampu buat. Ya. Aku bisikkan sahaja kepada dia dengan harapan dia mendengar. Aku perhatikan wajahnya lagi. Semakin lama semakin kabur. Aku tahu, dah tiba masanya aku pergi sekarang.. ='(


Patutlah aku boleh sentuh tok semasa di taman tadi. Patut lah tok hulur tangan pada aku. 
Dan patutlah rakannya kerut dahi di taman tadi. Rupanya dia kelihatan seperti bercakap seorang diri. Patutlah.. 

--------------------------------------------
Fza Ibrahim
Khamis, 28 Oktober 2010
1739