Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, October 06, 2010

Pagi.

Ohh.. Mood swing kah ini hari?
Tidak tahu. Kepala melayang-layang sekarang. Sepatutnya aku buat past year question tapi... Kepala aku seperti sedang memikirkan banyak perkara yang seperti tidak kena. Naseb baik lah lecturer di depan rancak bercerita tentang kisah lawak dalam hidup dia. Tersenyum juga lah aku. Baiklah. Sekarang tidak tahu mahu update apa sebab masih di awal pagi. Jam baru sahaja 10:54 pagi. Masih belum ada apa-apa yang berlaku. Selesai kelas ni, aku harus berjumpa Dr Zawiyah. Ya! Untuk research paper. Sigh. Petang nanti pula ada writing test mandarin.
Ohh baru teringat. Aku harus lebih take care pada penampilan diri semester ini. Ok, ini sesi mengingatkan diri sendiri. Wahai duit, mari lah datang banyak-banyak. Aku harus beli baju baru. Boleh cari sugar daddy takk? Err.. Mari usaha sendiri! T__T
Ok, stress sekejap. Rasanya baju sudah berlambak di rumah. Huu~ Ok, back-up semula. Maksud aku, harus banyakkan lagi koleksi pakaian formal yang aku maksudkan. Ohh skema. Boooooo cepat pada aku. Huhu. Aku sudah bosan pakai t-shirt. Bolehh takk? Mahu pakai blaus serta baju kurung sahaja lepas ni. Waaahh.. Sungguh kewanitaan. Taknak.. T__T
Ok, cukup lah mengarut. Kalau rajin aku update lagi malam nanti.
Ohh ya! Study week akan bermula minggu depan. Rasanya aku mahu b'bagpacking nanti. Siapa mahu ikuttt?? Ok, tak payah. Aku lagi suka pergi seorang diri. Sila kecewa sekarang. Ngeh.