Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, October 13, 2010

Mungkin..


Ini photoshoot malam semalam. And it shows perasaan aku hari ini.
Mungkin..
Tiap kali aku bicara, kau fikir aku akan sentiasa terus berbicara dengan kau hingga kau akan bosan. Ahh, memang selalunya aku nampak gembira bukan? Hati aku kau tahu kah? Jiwa aku kau nampak kah? Luluh.. Ya, sekarang aku rasa itu. Kecewa dan terkilan. Sekarang kau jangan tanya kenapa. Ohh aku lupa. Kau memang tak pernah tanya pun. Salah aku. Biar aku tanya. Kau yakinkah esok kau akan dengar khabar aku lagi? Kau yakin kah esok kau perlu layankan kerenah aku lagi? Ohh, lupa lagi. Perkara macam tu tak pernah terlintas dalam fikiran kau pun. Ya, sekarang kau sedang gembira. Aku tahu itu, aku nampak itu. Dan aku? Ahh, siapa aku untuk kau gembirakan hati nya bukan?

Mungkin..
Kala aku menaip ini pun, kau sedang ketawa suka ria. Ada aku kisah? Ya, aku kisah! Sebab bila kau berduka dan tiada teman bicara, kau cari aku. Sebab kau tahu, aku boleh lindungi kau. Kau tahu, aku boleh lagi jadi peneman kau. Kau tahu, kau tak mungkin sendiri selagi aku ada disisi. Mungkin kerana aku bukan pendendam jenisnya. Langsung tak pernah. Tapi tidak mengapalah. Asal kau bahgia dan gembira, aku tumpang senyum sahaja. Masih boleh senyum dari jauh bila lihat kau sedang gembira. Sekurang-kurangnya aku tahu kau masih gembira kan? Kan? Kan?

Sekarang mahu menangis seorang diri. Ahh, lupa. Kau kisah ke?
Baiklah. Mahu bawa diri beberapa hari. Sila jangan cari aku.
Lupa lagi. Tak mungkin kau akan cari aku. Maaf.