Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Friday, October 29, 2010

Dragonfly.


Dulu masa mula-mula nak buat blog, aku tak tahu nak bubuh link apa. Pening kepala memikirkan. Akhirnya aku pilih 'lookingforpurpledragonfly'. Mula-mula aku nak bubuh 'butterfly'. Tapi memikirkan dah banyak sangat orang suka bubuh 'butterfly' kat sini sana dalam blog, aku tukar plan. Ya, aku tak suka bila sama dengan orang. Sirius. Aku mahu yang 'rare'. Mengeluh. Aku fikir lagi. DRAGONFLY! Tiba-tiba pop nama ithu dari kepala. Jarang juga orang guna dragonfly. Aku tak kata la tadhe, tapi jarang kot. Lagipun, aku memang suka perhatikan serangga terbang tu. Tangkap pun suka. But then lepas balik la. Huu. So, aku decide mahu bubuh nama ithu. Tapi tak kan lah 'dragonfly' saja? Fikir lagi, aku pun type la 'lookingfordragonfly'. Tapi kenapa nampak macam aneh je? Dalam hati la aku kata macam tu. So, aku pun fikir lagi. Hey, purple tu salah satu warna kegemaran aku juga. Purple ithu simbol cinta, kasih sayang. Jadi, kenapa tidak aku mencari dragonfly yang 'rare' ithu base on link aku, bukan? Senyum. Sebab tu lah last sekali aku pilih
'lookingforpurpledragonfly'
Ya, yang aku guna dari dulu sampai sekarang ni. Ithu lah asal usul nama link blog aku ni.

Hey, kau tahu tak aku tak suka berhenti dekat situ sahaja? Maksud aku, aku bukan setakat nak cerita tentang link blog saja. Kau tahu tak yang 'purple dragonfly' benar-benar wujud? Kau tak tahu kan? Kan? Aku pun. Sirius. Aku tak pernah tahu yang 'purple dragonfly' ithu wujud dalam dunia ni. Tapi entah kenapa satu hari aku gatal tangan nak melawat pakcik Google. Aku type kan 'purple dragonfly' di ruangan 'SEARCH' dan enter. Terkedu. Terdiam. Rasa macam nak menangis. Rasa macam nak tarik-tarik rambut housemate. Bukan marah, tapi sebab teruja yang tersangat. KAU TAHU TAK MENATANG ITHU BETUL-BETUL ADA? 
*tiba-tiba jerit dekat telinga kau dengan penuh emo. haha




See? Aku sukaaaaaa! Dan obviously sangat teruja. T_T

Kau tahu tak spesies ni SANGAT SANGAT SANGAT RARE dalam muka bumi? 
*sambil kesat airmata keterujaan*
Aku pun baru je tahu. Huu. 'Libellula jesseana' tu nama scientific dia. Dan selalu nya ada dekat Louisiana. Tempat lain tak banyak dan mungkin tak ada. Waahhh.. Impress lagi. Betul-betul 'rare'. Pengsan.

Nota Kaki Ayam:
Tak sia-sia aku ada kau, Dragonfly. Lihat? Kau spesies yang rare juga, tahu? 
*walaupun kau mengarut tahap boleh buasirkan orang. Dan kau suka main hide-and-seek dengan aku*
Akhirnya sekarang dah jadi Barney. Bukan Barney yang kau selalu tengok dalam RTM2 masa kau darjah dua tu lah. Tapi Barney yang aku selalu tengok kt televisyen channel TV2 masa aku darjah tiga dulu lah. Haa, sebab dulu mana ada RTM2 lagi. Ok, tak lawak. Saja peningkan kau. T_T

Akhirnya entry aku ada juga yang mengandungi fakta benar. T__T