Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, October 05, 2010

Diari [lah kott!]


Sudah 3 hari berehat dari memijak keyboard ini. Err.. Maksud aku, menaip entry. Huu. Ceritanya banyaakkkk tapi mood nya tiada. Gambar pun banyakkk, tapi malas nk upload. Boleh takk?

Hari ni tidak berjoging kerana hujan sungguh lebat sejak petang. Tapi dari pagi memang rutin aku seperti 2-3 hari lepas. Aku kesana kemari dengan kasut tinggi. Waahh.. Rasa macam cerita Devil wears Prada pula. Haha.
P e r a s a n. Boooooo~ T__T
Minggu ni aku sangat banyak berlari serta banyak benda harus aku setelkan. Malam tadi juga kawan aku halo-halo aku tanya jika aku available 2 minggu lagi. Mahu paksa aku jadi emcee untuk VIVA pula. Ohh tidakk. Maaf harus menolak. Mungkin harus beri peluang ini untuk orang lain pula. Mereka juga mahukan pengalaman ketika blajar di kampus bukan? Senyum. Erkk! Baru teringat. Script untuk Regional Conference semester ini masih belum buat draf. Ahh.. Mahu refer pada lecturer juga asyik sibuk saja. Hoyy, tadhe siapa mahu tolong aku kah? Grr~ Esok harus buat draf dan mula melihat apa yang kurang untuk dibebelkan sepanjang hari sabtu ini. Mengeluh.

Hal hari semalam aku kurang ingatlah. Ohh! Aku cuma lakukan perkara yang sama cuma petang berjoging dan malam b'meeting sama Sir. Ya, meeting. Bukan dating. Grr. Jumpa pula kucing gemuk. Arghhhh! Geram gila! Sepanjang meeting aku peluk itu kucing jantan yang gemuk. Pasti beliaw bahagia di dalam pelukan aku. Sila jangan fikir lain. Huu~ T__T
Kemudian terus sahaja hujan lebat yang teramat. *rasanya aku tak melalak pun malam semalam. Aneh! Hoo~*
Ahhh.. Tidur terus sehingga pagi. Malas gila mahu bangun untuk ke kelas jam 10. Hampir sahaja aku skip tapi kuatkan semangat juga bangun dan siap. Teheee.. Mari puji kesungguhan aku. Haha.

Ohh ya!
Minggu depan harus setelkan drama mandarin. Prepare untuk test PM, RM serta proposal. Waaahh.. Mari jadi rajin. Sila jangan malas atau kau akan di seksa di neraka kelak! Ehh? Maaf. Maaf. Ini sedutan cerita lain. Haish!
Sekarang sudah jam 12:36am. Aku tersangatlah lapar. Mahu makan koko krunch sama susu. HEAVEN~ Kemudian belek research punya kerja dan tidur.. zZzzzzZzz..

Bye kau, kau dan kau! :)