Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, October 20, 2010

Bertuahnya awakk..


Sebab bila awak minta sesuatu, awak selalu dapat.
Saya tak macam tu. Kalau saya mahukan sesuatu, saya memang kena usahakan sendiri. Walaupun kemahuan kita selalunya hampir serupa, tapi saya selalu kena usaha kan lebih sedikit dari awak untuk dapatkan apa yang saya nak. Saya selalu saja hampir give-up. Tapi saya masih cuba..

Bila awak bosan dengar lagu² kat radio, saya boleh buatkan awak lagu baru. Tapi ikut mood saya lah. Walaupun awak tak pandai main alat muzik, saya masih gembira sebab awak selalu ingat hari² penting saya. Dan ya, awak masih boleh buat saya tersenyum walaupun sebenarnya saya rasa macam nak marah awak. Sebab awak selalu keluarkan fakta aneh tapi benar tentang diri saya. Awak, terima kasih ya.

Bila awak diamkan diri, saya tak tahu perkembangan awak. Biar pun berminggu atau berbulan awak diamkan diri, awak masih boleh tahu perkembangan saya. Bertuahnya awak. Ya, sebab saya ada blog ini. Awak tahu saya akan selalu update disini. Bila awak rindu saya sebab sudah lama tidak jumpa saya, gambar baru saya sentiasa ada disini juga. Awak juga tak perlu selalu risaukan saya sebab saya selalu beritahu kehidupan saya berjalan seperti mana disini. Pahit getir saya serta tawa riang saya jelas terpampang. Cuma.. Bila datangnya cerita sedih, saya tak selalunya cerita lebih detail kerana hati saya tidak yakin mahu berbuat sedemikian di blog. Biarlah saya saja yang simpan. Hint saja saya suarakan disini.

Awak tahu saya bukan seperti manusia yang lemah lembut jenisnya. Untungnya awak sebab kita bebas berbicara dengan cara yang kita suka mengikut waktu yang tertentu. Orang lain lihat saya sembang dengan awak dengan perasaan aneh. Tapi apa saya kisah? Kita boleh hidup begitu kan? Cuma jangan terlalu kasar ya. Saya boleh tetak awak bila² masa saya mahu. Lalalaa~ Dan ya, saya juga sudah jadi seperti awak. Jarang bercerita dan berkongsi sesuatu dengan lebih terperinci sesama kita. Ohh, yang ithu 'tidak bertuahnya saya..'. Adeh.

Baiklah.
Saya akan habiskan entry disini. Terima kasih kerana membaca.
Bukan apa, membaca itu amalan mulia bukan..? T__T

Currently listening to:
Pretty girl - Sugarcult