Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, September 07, 2010

Shopping. Raya. Shopping. Raya. T__T


Kita mulakan entry kali ini dengan gambar p-e-r-a-s-a-n. T__T

Tadaaaaaaaa!

Ok, sudah! Baiklah. Upacara bershopping secara besar²an telah pun selesai dilakukan sebentar tadi. Naseb tidak botak kepala abah saya. Haha. Tidak mengapa abah. Anak perempuan anda ini masih tahu limitnya. *err. mungkin?* Ngee.. Bukan selalu dapat peluang mahu bershopping sama abah. Err.. Maksud saya tanpa dibantah untuk membeli sesetengah baju. Ouh suka..
Terima kasih abah. Hee~

Sekarang sedang duduk di sisi katil sambil menaip blog dan dengar lagu. Sudah 3:55 pagi nampaknya. Sebentar lagi pasti mak akan karate pintu bilik saya untuk bersahur. Mungkin akan di leternya saya kerana tidak reti² mahu tidur. Sudah lewat tapi masih membuka muzik kuat². Tak mengapa, rumah jiran saya jauh² semuanya. Huu~ Perasaan saya sedang lain macam sekarang. Seronok kerana sudah berada di rumah mungkin. Jarang berperasaan begini bila pulang. Ouh, mungkin kerana cuaca sejuk juga. Al-maklumlah ada salji di luar. Sila percaya ya. Huu~

Katil saya sedang bertaburan dengan barang² tadi. Ya! Kau tolong kemas kan boleh kah? Saya mahu tidur sebentar lagi.. T__T

Ok, sekarang apa pula?
Ouh ya! Saya benar² mahukan sehelai leather jacket sekarang! Err.. Mungkin dua? Argh!! Tidak jumpa pula tadi. Mahu! Mahu!
Ada siapa² tahu dimana boleh dapat kan leather jacket yang cantik tak? Ada tak? Ada tak? Huu~ Jika tiada, ladies' jacket yang smart pun boleh juga. Mahuuuuuu!! Huu~ Ya, saya sangat obses pada jacket dan sweater. Juga kasut. Tak lupa make-up. Dan selendang. Kemudian.. err.. err.. BARNEY! Hoy! Hoy! Bukan yang kau tengok kat tv tiap minggu ithu lah! Ini yang lain. Wink wink.

Saya sudah bosan pakai t-shirt. Sekian.