Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, September 08, 2010

Saya dan Fza Ibrahim.


Ini thesis statement saya:
Saya telah dilahirkan sebagai seorang gadis yang sungguh tidak sukakan perkara yang terlalu remeh dan saya rasa saya normal. T__T 

Misalnya, hal kecik di besar²kan. Ouh, bukan kah ithu hanya menyusahkan diri?  Huu~ Saya sangat sukakan cabaran tetapi bukan gurauan yang terlalu extreme ya. Maksud saya, saya sukakan perkara yang adventure. Kau suka camping tak? Saya suka! Kau suka berlawan? Saya juga suka! *melawan cakap pun saya suka. Hebat pulak tu. Huu~ T__T * Hiking? Jungle trekking? Semua saya suka. Saya tidak suka nampak terlalu naif dan terlalu berlembut hati. Pernah, saya cuba. Tapi, tidak sukalah. HAHA. Terima kasih Barney kerana sekali pun tidak pernah mengeluh terhadap perkara sedemikian. Mak saya pernah juga tegur "anak dara kena sopan sikit..". Bukan tidak boleh tapi... T__T
Walaubagaimanapun, saya rasa bliau sudah pun boleh membiasakan diri dengan memiliki anak gadis seperti ini. *Walaupun anak lelaki beliau tidak seperti anak perempuannya. Sungguh kontra!* Hehe~

Perkara yang saya figure out sejak beberapa kurunnya ialah, saya tidak suka sama dengan orang lain. Naturally dan sejak azali memang seperti ithu. Saya lebih kerap represent diri saya sedikit aneh kadang² dari orang lain. Entah lah kenapa. Haiz. Kadang² saya sendiri aneh dengan diri sendiri. Tapi biarkan sajalah. Lama² orang pun sudah biasa dan ada juga yang terikut tanpa sedar. Huu~ Saya tidak suka plan sesuatu. Selalunya bila saya cuba plan, jarang yang akan betul² ikut plan. Jadi, saya lebih suka redah. Ithu kan cabaran namanya! Senyum.
Cara saya m'ekspreskan diri sendiri juga kadang² berbeza ikut mood saya. Saya boleh jadi sangat baik dan naif. Saya juga boleh jadi sangat kejam. Ehh, tak la kejam sangat rasanya. Mari cuba jika mahu tahu. Ngee.. Konklusinya, boleh berubah ikut masa dan situasi la. Tapi selalunya saya lebih banyak mengarut saja. Kenapa? Kerana ia boleh buat saya ketawa dalam sedih atau kecewa. Boleh buat emosi saya kembali normal seperti sediakala. Ya, saya rasa ithu cara yang efektif! =)


B'blog juga saya ada cara saya sendiri. Saya tidak akan follow blog seseorang jika hati saya belum bersedia. Bukan kerana blog ithu tidak menarik, tapi saya lebih suka jika saya terjumpa sendiri blog tersebut daripada di'war²kan. Wahh.. Bahasa Malaysia saya semakin bagus sekarang. Sungguh tidak sangka! *Sebab kau memang orang melayu la Fza, ngok!* Haha. Jadi, jika kau, kau dan kau ada follow blog saya, harap² kerana kau suka baca blog saya ya. Bukan sebab mahu kumpul follower kau juga. Heee. Mahu berblog harus ikhlas di hati, ithu prinsip yang saya pegang sejak awal² lagi berblogging. Waaahh.. Hye, saya sungguh skema. Hahaha. Tapi betul. Saya suka bila orang follow blog saya kerana mereka suka baca saya merapu hampir setiap hari disini. Boleh juga mereka baca experience saya. Mungkin juga boleh belajar sesuatu. Betul kan? =)


Ouh ya!
Saya tidak suka buat tag. Saya minta maaf untuk semua tag yang saya tidak jawab ya. Saya memang betul² tidak rajin membuat tag. Bukan tidak pernah buat, cuma sekarang memang tidak buat langsung dah. Kurang rajin. Hye, saya pemalas. Huu. T_T


Saya rasa saya sudah habis membebel untuk hari ini.
Baiklah, boleh berhenti sekarang! Ngee.. =D
Picture diletak di akhir entry pula kali ini. Wink wink. Heee~
Jeng jeng jeng!
Lukisan dibelakang tu saya lukis di dinding bilik lama saya setelah di marahi abah. Sebab dimarahi sudah tidak ingat lah! Tapi ya, saya lukis betul² di belakang pintu masuk. Naseb baik abah tidak marah bila bliau nampak. Heeee~
Saya anak yang nakal dan kurang dengar cakap. Tapi abah sama mak saya sayang saya. Saya tahu. Ngee.. =D