Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Wednesday, September 29, 2010

Pilihan begitu banyak dan sama pentingnya. Kenapaaaaa? Grr~


"Mama tak pernah ajar kau jadi anak derhaka, tahu tak?"
"Tapi mama.. Mana ada derhaka..?"
"Mama sayang dia tahu tak?"
"Tapi dia tak boleh duduk dengan kita mama. Dia bukan sama taraf dengan kita.."
"Mama tak kira! Kau cari dia balik sampai dapat!"
"Haiz.."
"Ha, mengeluh apa lagi? Potong elaun bulan depan!"
"Erkk. Jangan mama. Sendiri pun tak cukup makan.."
"Tunggu apa lagi tu? Cepat cari! Selagi tak dapat, jangan pulang.."
"Sampai hati mama. Saya ni anak mama.."
"Kau dah tak penting lagi. Mama nak kau cari dia sekarang juga!"
"..."
Air mata menitik. Sampai hati mama. Getus Timah, si kucing parsi kelabu asap di dalam hatinya.

Sungguh sedih cerita di atas. Begitu lah kisahnya apabila kucing sudah sayangkan musuhnya sendiri, si anjing Tom. Mama meow sedikit emo hari itu. Mungkin kerana terkenangkan si suami jauh di mata. Malam jumaat pula kian tiba tapi.. Haiz. Kasihan..
..........................TAMAT..........................

Bwahahaha. Baiklah. Aku nasihatkan supaya kau jangan komen ekstrak cerpen yang aku pinjam dari jiran buah hati kau. Aku memang suka bikin cerita sensasi disini. Bukan apa, keserabutan di kepala memikirkan test petang ini seperti menjadi jadi pula. Ya, oral mandarin petang ini. Mari lah turut serta menghafal 4 skrip berbeza sedangkan yang akan ditanya cuma satu. Mengeluh. 
*sekarang ni kejadahnya aku boleh lagi menaip blog? T__T*
Inspirasi ithu penting! Jadi harus dapatkan inspirasi dahulu sebelum boleh mula membuat skrip. Kononnya lah. Sila percaya ya. =D

Malam karang pula sepatutnya aku ada training. Fighter class. Pasti puas dan lega boleh menjerit dan melolong serta tendang sini sana ikut kesukaan hati. Ohh, suka. Dan, kemungkinan juga selection akan dilakukan malam ini. Sila doakan aku terpilih. Senyum. Dalam kelas pula tadi, seorang rakan beritahu aku:

"Wehh! Malam ni meeting pukul 8. Wajib untuk semua committee ok. Venue kang aku update lain.."

Alaaaaaaaaa.. Meeting lagi? T__T
Sekarang ni buntu sekejap. Mana satu aku harus pilih? Meeting atau selection? Kalau meeting dan selection dua² buat dekat kampus tak mengapalah juga. Boleh lari sini sana jika timing nya betul. Tapi masalahnya meeting kat kampus dan selection pula di gym tengah bandar nun jauh disana. Aku pula yang emo seperti mama kucing tadi. Tapi aku belum kahwin. Marilah cuba² untuk datang meminang ya. Jika tawaran lumayan, boleh proceed ke level yang seterusnya. Ehh? Hoy! Hoy! Apa kau mengarut ni? Grr. 

Aku harus berhibernasi sebentar untuk berfikir. Sila kipaskan aku jika mahu. Hah??
T____T

Bye.