Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, September 21, 2010

Kisah Thailand lagi.


Aku pernah update tentang Thailand awal tahun hari tu. Ya, yang bertarikh 1 Januari ithu lah. Huu~ Rabu dan khamis minggu lepas, aku stay di Thailand lagi. Memang, dah macam kampung halaman aku dah. Haiz. Aku dah ceritakan tentang persekitaran serta tempatnya. Kali ini, aku terfikirkan sesuatu. Yup, perkara berbeza yang aku dah observe kat sana. Benda yang jarang amat nak tengok kat Malaysia ni. Huu.

Teenagers kat sana totally different dari kat sini. Culture diorg mmg berbeza. Naik motor 5 orang pun tadhe hal kat sana. Yang penting, orang yang paling depan skali kena pakai helmet. Yang blakang² semua leh assume kepala batu saja. Huu~ Even though peraturan diorang macam tu, maksud aku tak ketat la law diorang, tapi tdhe pun yang berlumba haram kat sana. Tak pernah tengok langsung. And orang Thailand ni kalau nak melintas, diorg boleh pakai redah je. Sebab? Pemandu jalanraya diorang drive sangat² berhemah. Tadhe nak main speed² kat tengah jalan raya. Lintas je, insyaAllah lepas dengan selamat. Tapi jangan plak kau melintas sambil pejam mata atau merangkak untuk ke seberang. T__T

One more thing, teenagers kat sana suka menjual. Bukan jual body ya yang aku maksudkan. Grr~ Maksud aku, jual la macam². Selagi boleh dijual, mereka memang akan jual bersama rakan². Sangat salute sama mereka. Harga plak bukannya mahal mana pun. Aku pun wonder gak la berapa keuntungan diorang. Huu~ Kalau kau kau semua ni jenis yang suka tabur duit untuk benda² comel yang kurang berfaedah dengan harga yang murah, memang boleh la join aku kesana. Lebih spesifiknya, di Haytai sana ya. Habis duit raya aku bertaburan di sana. Uhuk!

Last but not least.
Kau kau semua tak akan jumpa langsung telefon awam yang di conteng atau di rosakkan. Bukan itu saja, teenangers yang lepak kat mall, etc tanpa sebab pun tiada. Sungguh aneh terasa dihati sebab culture diorang langsung tak sama dengan kita kat Malaysia ni. Sangat berdisiplin. Bukan aku nak kata Malaysians tak berdisiplin, cuma kau tengok sendiri la beza penjelasan aku kat atas ni dan bandingkan dengan negara kita pada aspek yang sama. Atau mungkin kau kau semua kena pergi sendiri dan lihat tempat diorang.

The best part is,
The food! Sedap, cepat dan boleh tahan murah. Kalau mahal pun, masih berbaloi sebab memang cepat perut kau kenyang sebab diorg masak cepat, pantas dan cekap. Tak lupa, SEDAP. T__T

Nota Kaki Ayam:
Kepada kerajaan Thailand, sila beri saya komisyen. Kontek saya untuk minta nomor akaun saya ya. Sekian. Huu~