Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Tuesday, September 14, 2010

Kehidupan memang begitu. Ada indahnya, ada pahitnya.


Raya ni tak banyak gambar yang boleh aku titipkan. Bukan sebab malas, tetapi kerana tidak sempat mahu snap pictures yang banyak. Busy selama 4 hari. Ramai orang datang ke rumah. Seperti open house 4 hari berturut-turut. Tapi! Seronok.. 

Aku belajar banyak benda jugak raya ni. Semalam, aku keluar dengan beberapa orang rakan lama masa zaman sekolah. Kami ke rumah Ernie. Dah lama tak jumpa mereka semua ini. Kena dera makan bagai dunia ini takkan cukup lagi makanan di esok harinya oleh mak ernie serta Ernie juga! Grr. Tapi terima kasih ya. Gembira sungguh kami. Dalam sedap² makan, terkeluar lah banyak cerita. Ya, mereka ini lah yang rajin m'update cerita kawan² lama kepada aku. Tapi! Mereka bukan paparazi ya. Hee. Dan baru lah aku tahu, ramai rakan sekolah aku dulu yang dah pun ber-anak satu. Yang on the way anak kedua pun ada juga. Tak lupa, yang SUDAH PUN ber-anak dua pun ada. Alahai masa.. Cepatnya semuanya berubah. 

Bercerita tentang kawan² lain yang sudah pun mendirikan rumah tangga, terkeluar pula kisah rakan² yang sudah pun meninggal dunia. Ya, ada juga beberapa. Ada yang kerana kemalangan, ada juga yang meninggal kerana H1N1. Dalam gembiranya aku di saat lain, ada manusia lain sedang menangis di tempat lain. Ya, sahabat aku sendiri. Ada juga yang hampir separuh lumpuh kerana kemalangan. Rupanya banyak yang aku tak tahu. Semalam baru diberitahu banyak perkara.

Dalam pada itu, keluar pula cerita tentang seorang rakan. Masa zaman sekolah dulu sewaktu buat paper SPM, ayah beliau meninggal dunia. Kasihan beliau. Kemudian bulan Julai hari tu, 1-2 minggu lepas abang beliau kawin, mak beliau pula meninggal dunia. Aku terkedu sebentar. Ya Allah, untungnya aku kerana masih punya kedua-duanya. Btw, tak perlu sedekah al-fatihah ya kerana beliau yang dimaksudkan berbangsa india dan beragama hindu. Kawan aku beritahu lagi, masa birthday mak kepada kawan kami tadi, dia wish kat mak dia dalam status facebook. Sebak aku dengar. Sumpah nak nangis. ='(

Masa dalam kereta on the way hantar aku pulang, kawan aku ni cerita la yang dulu, tiap minggu dia ulang alik KL ke sini. Ayah dia tak sihat. Kencing manis katanya. Nak buang air besar or air kecik pun kena guna bantuan kantung yang kau pernah tengok kat hospital tu. Kalau kau biasa tengok la. Kantung tu duduk kat luar pesakit. Walaupun kawan aku ni ada maid, tapi katanya: 

"Ada maid pun, diorang mesti tak sanggup nak tukarkan sebab bukan darah daging sendiri.."

"Lagipun dia bapak aku wey. Tanggungjawab aku.."

Betul juga. Serious. Anda sudah berfikiran matang sekarang. Aku dapat lihat itu. Dan kami bicara tentang hidup masing². Betapa pengalaman itu banyak mengajar manusia untuk jadi lebih matang. Betapa berharganya pengalaman 'rare' yang kita dapat itu dapat membezakan pemikiran setiap manusia. Ya, kerana itu jugalah aku  banyak belajar. Memandangkan aku ini lebih people oriented, dimana aku lebih kepada komunikasi sesama manusia kerana aku lebih cenderung ke arah itu. Even, aktiviti aku kat kampus yang hampir setiap harinya terpaksa deal dengan ramai orang mengenai decision making, disitu juga aku belajar. Ya, bagaimana manusia di sekeliling kita membuat keputusan dan memberi alasan serta sebab musabab. Aku belajar. Mungkin juga kerana itu, aku lebih mudah membaca pemikiran serta bahasa badan orang lain. Aku suka observe walaupun kadangnya orang lain lihat aku seperti endah tak endah. Sebenarnya aku sudah telitikan hal² di sekeliling.

Mungkin itu saja entry kali ini.
By the way, seronok dapat jumpa anda semua ya setelah sekian lama tidak ketemu.
Ya, aku maksudkan mereka ini : 
Eka Agera, Saraniya Latha, Geevamalar serta Ernie Azreen.
 Senyum. =)