Quote of the Day:

"Allah always provide us with better things if we keep on trusting Him. Faith and hard work would help.."
-FzaIbrahim

TIME:



Sunday, September 05, 2010

Entah kenapa..


Saya rasa aneh dan pelik. Mana pergi nya Fza yang gila² ithu? Mana perginya dia? Disaat ini, saya seperti hilang punca. Fikiran seperti lost. Seperti mencari sesuatu. Saya tahu saya sedang fikirkan sesuatu tapi saya tak tahu apa yang saya fikirkan. Betul, saya rasa sungguh aneh. 

Semangat saya lain macam beberapa hari ini. Sejak mimpi tempoh hari, hidup saya seperti lain sangat. Hati saya, selalu berdebar tanpa sebab. Ya, secara tiba². Saya tersedarkan beberapa perkara baru² ini. Muzik. Ya, muzik. Muzik yang berkumandang banyak mempengaruhi emosi dan memori saya. Boleh kata setiap lagu yang saya dengar ada moment tersendiri. Haaa.. Tak reti nak explain. Baiklah, tak penting pun. Cuma berharap kau faham maksud saya. T__T

Esok baru akan bertolak pulang ke kampung halaman. Alahai.. Kenapa la rasa lain macam sangat ni.. Tiba² aku macam terlalu rindukan zaman kanak² aku. Zaman sekolah juga. Maksud aku bila hari raya bakal menjelang. Selalunya tak macam ni. Balik raya tiap tahun dengan hati gembira tapi tidak termasuk perasaan yang aneh ni. Saya tatawu nak cerita pada siapa. Saya tak mahu susahkan sesiapa tapi.. Macam beban sahaja perasaan aneh ni..

Pinjam bahu kau boleh? Mahu menangis. ='(